bintangku...


aku

aku

31.12.10

BroGa Hill...

Broga Hill...
ehmmm penah dgr??
diri sendiri pun br sgt dgr..sejak sheikh muzafar ngn dr halina kawin..
pas2 kekawan ada gak kesana..
dkt semenyih...bunyi nama Broga tu..takot..hihi..
cm pelik je...sbb xpnah dgr..
lawa...huu...best tu kalo dpt ke sana..
tp xdisangka2...dpt offer kesana..
haishhh....best2! walaupun dlm ati kata..sampai ke aku ke puncak..
muka punya uat slamba...

mana xnye..time sampai sana..tgk org semua uat senaman panaskn bdn... tgk kiri org y br turun..huisshh...penuh ngn selut kt baju...
kasut sukan xnmpak rupa..coklat! aaaa..takooott!! tgk belah kanan...org penat...
btol2 ke nk naik ni...ish..punya slamber kai baju ngn seluar krim...maunya turun nnt jd coklat...alahai....xpe la... da pakai y ni..p je la...
temanku punya beria..kai kasut sport,,,hu..berstokin...
ak????? slamba je kai croc..haha...stokin ijau chumel tu..
huhu..xpe2...xtinggi sgt kot..cehhh sejukkn ati...berdebar....
dgn lafaz bismillah...melangkah la kami mendaki Broga Hill...huhu..

hehe...gambo senget...da separuh jalan da ni..

mula2 naik..jumpa cina jual air...punya la sombong..xmo air...da bwk dua botol kcil mineral..budget cukup la...hihi...
1st2 ok la...bukit pun xtinggi..licin pun steady je dgn crocku....pastu btembung plak ngn org y nk turun...haaaa..kat sini br la stat nk sambar org..hihi..takot!! jalan licin...nk mndaki..org y turun tu siap guna tongkat..kami punya slamber..naik pikul beg..hah...sampai ke tak ni...!!!!

pemandangan di separuh jalan...

so kami teruskan pjalanan...best!!! mmg sgt best!! pengalaman baru ni..slps hmpir 5,6 tahun da xdaki...lepas tulang blakang da maslah.. dulu time sekolah2..slalu je ada aktiviti cni...separuh jalan kaki da stat bmasalah..adoiiii...lenguh!!! nk air!!
emm minum nk abis sbotol..pendakian da stat curam...lubang y sgt dalam..waaa....gayatnya! cukup2 tapak kaki je nk meniti...nasib bek ada tali... bleh gak daki slow...

sblum pai puncak!


sampai 1 tempat da kdgaran suara2 org..
yesss!!! da nk sampai..hihi...
punya laju blari...
pastu!!!! takot! tingginya nk sampai kt dorg tu..
xmooo.. takot...temanku pandai lak psiko..haha..
konon amik2 gmbr2 dulu..sini lawa..situ lawa..kt atas tu mst lagi lawa...
hihi...da alang2..takut pon top mata la dulu...=)

iyaaahhhh!!!!! org len leh naik!! jum naik..hihi..





punya la besar batu kt atas tu...xpe2...jap ag mst sampai gak..huhu
time pendakian nk pai puncak...
ternampak 1 benda best..hihi...
buai la!!! hihi..buai y dr halina nek..hihi..tp mcm2 kasut da ada kt dahan situ..
tp de org ngah men2...xpe la..turun satg la men buai..

pendakian diteruskn lagi..kata 1km..aishhh...ni mcm da lbh da ni...
subhanallah...sampai kt atas tu...lawa sgt2..indah...
mmg berbaloi...penat...tapi..huh..mst tersenyum lebar...
termenung seketika kat batu atas tu..
Ya Allah..agung ciptaanmu.... terasa sgt kerdil diri...
alhmdulillah..sampai jua akhirnya...perlu kekuatan mental...
kalo ikutkn takut..mmg xsampai...makcik2..y dah berusia pun mampu daki...
mgkin bg y dh biasa..broga tu xde la tggi pun...
tp sesuai la utk aktiviti ujung mggu..bsama family...

kt atas tu best sgt..man bubble..hihi..org tu mmg suka uat bnda pelik2..


hasilnya..wahhhhhh!!!!! suka!!! sejuta kenangan kt broga hill tu...
melaung..memekik..huh!! puas ati rasa...serabut ilang jap...
lama kt situ..kami snap2 gmbr...byk2..tkut da xdpt daki lagi..
dlm mdaki pun..dh dpt rasa..esk mst kit blakang..aisshh...
tp tu blakang kira la..janji da pai kt puncak...
inilah kali pertama..mendaki kai croc..tp ok je..
pakaian pun stay ok...xde kesan kotor....huhu
tp xtau la pjlnan turun naty...harap2 ok la..


Tapi alhmdllah...pjlnan turun lbh mudah..berlari2 je..hihi
singgah sat kt buai...nk naik...yaAllah!!!!! tingginya,..cne nk naik ni...
hishhh...tp tetap dpt naik jgk...hihi...
cara cne?? hihi..syyyhhhh!!!! =)
snap2 gmbr situ jap...
kami pun turun..sbb mcm da mendung org pun da xramai..
heeeee..bahaya...takut!! sat g jadi pape..lg masalah...
pjlnan turun..kami ikut jalan lain..tembus jln lain..
bkn mistik pun..biasa la...byk jalan...lgpun..hutan..
sbb tu kena byk beringat...faham2 k..=)

hampir 2jam lbh kami kt atas...
alhmdllah..selamat kami sampai ke bawah...
wah...pengalaman berharga...2010

~ tima kasih....nisa!~
love u..huhu

21.12.10

.::Nailah Al-Farafisyah::.

Dia seorang wanita yang cantik dan baik akhlaknya, isteri Khalifah Uthman bin Affan, Nailah Al-Farafisyah. Seorang isteri yang ikhlas, setia dan taat pada suami. Meskipun Nailah bukannya dari golongan wanita Quraisy malah mempunyai ayah yang menganut agama nasrani, namun dia tetap menonjol dari kalangan muslimah ketika itu kerana kelebihan kecantikkan, kebijaksanaan, kefasihan lidah serta kematangan fikirannya.

Nailah hidup di rumah Khalifah Uthman dengan penuh penghormatan. Ketika pengepungan selama 50 hari di rumah Khalifah Uthman, orang yg tidak berengang daripada Khalifah Uthman ialah Nailah. Kaum pemberontak tidak henti-henti melempar rumah Khalifah dengan batu-batu dan panah. Tiga orang telah terbunuh. Meskipun Abdullah telah membuat perjanjian bertulis kepada orang ramai supaya jangan berbuat sesuatu terhadap Khalifah, namun masih ada dua orang yang melanggar perintah itu.


Muhammad bin Abu Bakar yang mengetuai pembelotan itu. Ketika Muhammad dan seorang temannya melepaskan tali pagar rumah Khalifah dan memanjat dengan tali itu,Nailah menjenguk di tingkap sehingga terurai rambutnya yang ikal. Khalifah menegurnya "Nailah, tutuplah rambutmu itu dengan kain tudung, sesungguhnya rambutmu itu lebih besar nilainya padaku daripada nyawaku." Nailah sudah tidak mendengar kata-kata Khalifah, yang penting baginya ketika itu adalah melindungi suaminya.



Kedua-dua lelaki tersebut telah berada dihadapannya. Lelaki pertama menghayunkan pedangnya pada Khalifah tetapi dengan pantas Nailah menahan dengan tangannya sehingga terputus jari-jari halusnya. Nailah menjerit kesakitan dan memanggil Rabah yang akhirnya membunuh lelaki tersebut. Kemudian datang Muhammad bin Abu Bakar, dia menghayun pedangnya dan Nailah menahannya lagi sehingga terhiris jari-jari tangan yang lain.


Muhammad mencabut janggut Khalifah, memukul kepala dan menikamnya. Dia menyelar tubuh Khalifah dengan pedang sedangkan sewaktu itu beliau masih hidup. Apabila Muhammad Hendak memotong kepala Khalifah, badan Nailah sendiri yang menahannya bersama puteri Syibah. Mereka berdua ditolak lalu di pijak-pijak.


Sesudah pembunuhan itu, tidak seorg pun yang berani datang untuk memandi dan mengebumikan jenazah beliau sehingga Nailah menghantar utusan kepada Jubair bin Hizam dan Huwaitib bin Abd Uzza. Mereka tidak berani mengebumikannya di waktu siang. Akhirnya mereka keluar antara Maghrib dan Isyak untuk menanam jenazah Khalifah. Nailah mendahului dengan membawa lampu kecil untuk menerangi malam.


Berita kematian Khalifah tersebar luas. Dan peristiwa inilah yang mencetus perselisihan antara Saidina Ali dan Muawiyah yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa umat islam. Nailah telah menghantar sepucuk surat kepada Muawiyah yang berbunyi "Jika dua golongan dari kaum itu berperang, hendaklah kamu damaikan antara keduanya. Dan jika yang satu dari keduanya melanggar perjanjian kepada yang lain, maka perangilah yang melanggar perjanjian itu sehingga mereka kembali kepada Allah." Nailah menghantar surat itu bersama pakaian Khalifah Uthman yang telah koyak dan berlumuran darah. Pada butang bajunya diikat segumpal janggut yang dicabut oleh Muhammad Bin Abu Bakar. Dia turut mengirimkan lima jari yang terpotong.



Walaupun telah beberapa lama kematian suami, kesedihan tetap menyelubungi hatinya. Kesedihan Nailah tidak pernah putus sehinggalah Muawiyah meminangnya. Nailah menolak dan mematah-matahkan giginya sehingga orang lain bertanya, "Mengapakah kamu mematah-matahkan gigi mu yang cantik itu?" Lalu Nailah menjawab, "Aku tidak mahu kesedihanku pada Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan aku tidak mahu lelaki lain mengetahui apa yang ada pada diriku, sebagaimana diketahui oleh Uthman".

Sebagai seorang sasterawan dan penyair, Nailah banyak mengubah sajak dan syair yang diabadikan buat suaminya. Dia menolak perkahwinan selepas perginya Saidina Uthman. Dia tetap setia meskipun selepas kematian Khalifah. Dialah wanita yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk perjuangan suaminya.


29.11.10

Aku Hanya Wanita Biasa...


Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak..

Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu pulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur kerana harus menjaga anak kecil kita yang sedang sakit, dan ku tahu kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambah rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tahu kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah.. Tiap hari, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa..

28.11.10

Jutaan Terima kasih,,,

Ucapan terima kasih ditujukan buat teman yang sentiasa ada menemani
saat gelisah dan gembira..
moga2 Allah S.W.T memudahkan setiap perjalanan dalam hidup kalian..
ku harapkan semoga kita terus bersama mengharungi liku hidup yang mencabar..
terima kasih kerana selalu membuatku tersenyum...


alhamdulillah telah sempurna menjadi baju kurung kegemaranku..=)


27.11.10

:: 26 NOVEMBER 2010 ::

Alhamdulillah atas kurniaan Illahi...
26 november 2010..
masih lagi aku dapat berpijak dibumi milik Illahi..
Pagi bersejarah ni..ku diterjah dgn msj2 ucapan dari sahabat2..
terima kasih semua atas ingatan..=)
semoga Allah permudahkan segala urusan harian kalian..
tiada ucapan yang mampu dilafaz..
hari ni..kucuba laluinya dengan senyuman..menceriakn hati duka..



iyah!!!! bangun2...!!!
be a good girls!!!!!!!!!!
hemm tarikh bersejarah + hari debaran..gtu je la yang mampu dikata..
sbb arini 1st paper..adoiii..
dupdap2..!! metodologi dakwah plak tu..
paper Prof mmg soklan yang power2 punya...aiiiisshhh!
moga2 segala yang dijawab tu diterima..amin..
pas exam..balik jalan kaki ngn yah & umi...
lepas rindu..dkt sebulan xjumpa..huhu..zue plak xdapat nk join..=(
lagipun kalut2 exam..besa la..
pai kolej..yut lapar..so mamam la kt kafe kk12..
hemm punya la byk lauk..berpinar2 mata nk memilih..
semua sedap!
yah sampai nanges2 mkn nasi...hihi..lawak tol..meleleh2 air mata...=D
umi menu cm besa...laksa penang..mek kembang semangkuk..hihi..tp xabeh2 gak mkn..
besaaaa nihhh!!! cubit kang...haha..(gaya k.ani)
thanks sudi mkn sesama tadi...
bermakna hariku bersama kalian..=)
sayang kamoooo ketat2!!!!!

Tengahari mood da mula uat hal...
pas bls semua msj2 yang owg wish kt wall fb..
dah stat da......
bOOooooORrrrrIiiiiiNNnnnnGGgggg!!!!
yang amat2 boring...adoi..xtau nape...kosong je..hemmm
ujan plak lebat pas solat zohor...
dusss!! nak ajak sape ek kuar jejalan..
ingat nk ajak yah..dia ada exam..
"hemmm dop diam2 kt bilik la" bak kata org tu...
"ala..nnt kita g jejalan ye.." ish!! u ni..i nk jejalan la..

tiba2..jeng..jeng..jeng..!!!
dapat msj dr yayang i..suke2..!!=)
memahami btol la u ni..time2 i perlukan teman..u mst datang punya..
dia kt fac pendidikan..best gak mkn ngn dia..=)
tiba2 pintu bilik de org ketuk..cepat je dia terbang ke bilik..hik2
so bersiap2...GooOOoo!!! kami jalan dr kolej pai la ke stesen uvsty..bertenaga je tetiba..hihi
haaa..pasar malam!! so pe lg..kami beli la nasi kukus ngn nasi lemak..soya ais...wah!!! sedap!!
LRT da sampai go to Taman Jaya..^_~
xsabar2..dop tepi tasik tu...best2..


hemmm..da smpai sana..stat la ngn mcm2 citer..
lama sgt xjumpa..sebulan kot..=)
pantang je jumpa..muuuusssttttiiii..ada je cite..
sakit perOooot2 gelak..malu Kokrang la u ni..hihi..
mamam la kami...tepi2 tasik..
bermakna bday i tahun ni..de jgk org celebrate sesama..=)
kenyang sgt2..=)
lama kami kt situ..best sgt..hilang tension... lepas macam2 masalah.... pasni xleh nk jejalan da..tumpuan pd exam da 4 paper ag ni... xleh men2 dah.. kami ke AmCorp Mall jap..usha2 jubah kt sana.. byk yang lawa2.. warna putih plak..lagi la berpinar2 bijik mata... firstlady pon ada gak selai jubah lawa..xde size la plok.. aiiihhh susah sguhh nk dpt size y best ni.. jalan punya jalan jumpa 1 kedai br buka..
Wah!!! menarik2..semua barang dlm kedai tu..English style! aduhhh lawanya...
xpuas pusing rasanya..byk less..ish..xsabar2 rasa nk hias umah..hik3 berangan lebey...
tp mmg nk sangat..putih dan suci..huhu..
da bunga lawa sesangat..mcm dop dlm garden plak..
sooOOoo pe lagi..yayang saya mula la nk snap2 gambo..
tp sorok2 takut tuan kdai nampak..xpasai kena halau..hehe..


huiii....rasa xnk kuar kedai tu..
pastu g solat kt surau tu..nasib xsesat..=)
ehmm lama jejalan cuci mata..kitorg pun balik...
sbb da lewat..aishh anak dara!
time ngah tggu LRT yayang sy ni uat suprise la plak..adoiii..
padan la beg i rasa cm berat semacam je..=)
rupanya da adiah dr dia...
comel!! berkenan...katanya nk tambahkan koleksi2 yang ada..
pembakar semangat sgguh la u ni..hihi..
insyaallah..
da rezeki dapat la i realisasikan impian english style i ni..=)

sampai um..jalan2 men ujan plak..hihi..
mmg cr nahas btol la...bukan men bukak payung...
u ni..nakal..haha..
lawa kan ujan..putus2..nasib bek xde guruh..
kalo x..mmg pecut la balik kolej..
penatnya...
tapi sangat berpuas hati...=)

ni gmbr last kami snap..hehe..
dalam rapid lak tu...ada je idea yayang..
hemm love tu pun dia bagi..terharu sangat2..
takutnya i kalo u xde disisi nnt..
nurse kesayangan i ni..
bile2 masa je..tekan loceng terus sampai..=)
bak kata u...i ni da xkecik da..huhu


pape pun terima kasih untuk segalanya...
sahabat i dunia akhirat..
tima kasih temankn i seharian...
26 november 2010
xbiz2 crita kita..smpai tertido..=)
pada keluarga tersayang...sahabat handai..
Terima kasih untuk segala2nya..

dr dia...



~EMY SAYANG KAK YANA~

24.11.10

mOod ExAm kEmBaLi..!!




Buat sahabat2 seperjuanganku..
semoga berjaya dalam exam nanti..
moga Allah permudahkan...
buat diriku..
cekalkan hati... terus melangkah...

Jadual exam sem 5 2010/11

26/11 : Metodologi Dakwah (8.30 Pagi)
30/11 : Dakwah Di Malaysia (3.00 Petang)
1/12 : Pengantar Psikologi ( 11.30 Pagi)
3/12 : Prinsip Bimbingan & Kaunseling Dakwah ( 8.30 Pagi)
10/12 : Falsafah Beragama ( 8.30 Pagi)

alhamdulillah...sem ni xde subjek yang kena exam kt DTC..
kalo x beku aku didalamnya...
good luck semua!!!

.:: AKU ::.


Malam tanpa bulan..

Siang tanpa mentari..

Hilang sudah arah & tujuan..

Mimpi semalam tidak lagi seindah pelangi…

Sendirian menyusuri arus..

Luka dan pedih..

Jatuh & bangun..

Jiwa kental dan keras..

Melangkah terus melangkah..

Tidak lagi ku peduli..

Api membara panas menyala..

Sejuk dingin ke tulang..

Sesak ruang rongga nafasku..

Tetapku atur impian yang satu...

Biar api jadi abu..

Biar luruh purnama di langit..

Ujian ini mendewasakan pemikiranku..

Terkadang sakit ini..

Mengusik perasaanku..

Sekali kuberjanji..

Tetap kutepati..

Berkelip bintang dilangit..

Membawa suara hatiku..

Cahayamu memberiku kekuatan..

Langkahku bermula disini…

2.11.10

pEnUhI MaSa lUaNG nGn PuTErA PutErIkU...

Alhamdulillah..
masih diberi rezeki utk berada di bumi milik Illahi...=)
hari ni La bertolak balik Kelantan..A.yas btolak ke P.pangkor..
semoga perjalanan mereka lancar dan selamat..
Putera puteriku masih beradu lagi..
ehmm dop termenung jap kt kusi..
xtahu nk masak sapan pe utk dorg..
si putera tu ssh mkn ckit..adusss..
mmg kena pujuk br mkn...
uat je la nasi goreng..
trun kedai opah beli sayur...
emm pkul 8.30 setel..



siap la nasi goreng..hehe..xtau la cedap ke x...ehmm carrot plak xde nk masukkn..
kalo x laju ckit dorg mkn..=)
pas kejutkn dorg..mandi..
bila tunjuk nasi tu..semua dop kt meja..
huhu..psikologi sbnrnya..
haha..nmpk cntik...semua nk nasi..huhu..
tapi buktinya sdap xsdap...
hoho..menambah dorg mkn..hik3


ehmm pas mkn..semua dop men..
mmg nakal si kecik tu..suka uat org..
pas kakak2 dia g sekolah petang..
emm boring la dia...
nk g kedai la apa la..last2 skali majuk kt kusi..hehe..



hehe..jahat mak lang...=)
last2 pujuk suh dia mkn nasi..huhu
alhmdulillah biz semangkuk..ssh btol mkn..
tuan xbesar2..padahal tahun dpn dah 5tahun...haihhh..
amru2..=P
nasib bek xuat bnyak pangai..
pas mkn dop dpn tv tgk wonderpets..




tiap2 hari tgk katun je la m.lang pon..=)
nnt kalo sbuk..ssh nk balik..
time ada masa ni...masa u dorg..
nk manja2..=)
nk kena tdokn dia..br bleh study..
kalo x..kita baca buku..dia pun baca jgk..
bersepah2 biz buku..
ketas xpayah cte la..hemm..mcm2..=)
tu la putera puteri saya..

MAK LANG SAYANG SEMUA...

jEjAlAn ItIk AyAm BeRsaMa Ah,La & Hero Yang xBesar2...=)


Ujung minggu yang dh lepas2..
hehe..ak bersama adik2 & heroku kuar jejalan..
xde uat pe kt umah a.yas..huhu..
da dpt perlepasan dr boss kitorg pun kuar..
ehmm saje nk bwk La jalan2..
lama sgt jd "pengasuh" ank2 buah..=)
si hero kecik ni mula2 je ok..
bila da penat berjalan kami kena la bergilir2 dukung..
aduhaiiii...nasib bek kecik..

ADUII..MELAYAN SI KECIK SORG NI..CERMAT ORGNYA..MKN XMO COMOT..=)

da lama xkuar sama2..
tapi adik xde..hemmm slalu tercicir dia sorg..
xpe2 nex time kakak bwk adk jejalan..
si amru ni pntang nmpak mainan..
keras kaki xbergerak trus..

NI LA KEJA DIA KALO KUAR JEJALAN..WAJIB!!! HEHE


NI JAM BEN10 MMG PEMINAT SETIA..KALO XBELI..SEHARI XLARAT NK PUJUK..LIKE M.LANG DIA..HAHA

pai 2,3 keta nk naik...ni la penangan kalo bwk dia jejalan skali..
kalo xbwk..pandai je dia uat muka kesian..hehe
macam pak ngah dia..cm2 la..bak kata umi..hak2..=D
La nk cr barang tok raya aji..
hemm tudung tu mmg dh semestinya wajib beli..
nsib bek xbeli selipar..ishh..
mmg suka sgt beli pdhal kt umah dh bertimbun2..
pai jenuh nk pakai..
tau kt umi...padan muka..
tp sbb kakak2 prihatin xde la dia beli..
huhu..perasan..
jalan punya jalan kol 3lbh bertolak balik da..
lama sgt kuar sian kt puteri2 kt umah tu..
sbb susah nk bwk ramai2..
ehhmm nnt m.lang da ada keta..
m.lang bwk semua g jalan..=)
Insyaallah ada masa lagi..kita kuar jejalan lg k..

KAMI.....SI KECIK DA MAJUK SBB PENAT KENA PERLI NGN KAMI..HEHE

esk ah da keja..emmm kejap je dop sekali cni..
bila da besar pnjg semua..
terpaksa la berpisah n tumpu pada tgungjawab masing2..
rindu nk dop dkt2..hehe
leh gadoh2..hehe..tepuk2..adooii..=)
love u all!!!!!!

30.10.10

TiMa kAsIh TaU...


Salam....
just nk ucap trima kasih kepada sidia..
yang banyak membantu saya...
semester yang sangat buat saya penim...
kalo xde awk..xtahu la sape nk tolong sy...
ehmmm...maaf selalu susahkan awk..
tapi awk je yang tahu keadaan saya...
walaupun awk kt sana...
saya tetap ingat awk..
idea2 yang sangat bermakna tiap kali awk mula bercakap..
kalo boleh..saya nk record semua yang awk cakap...
awk..trima kasih sekali lagi kerana bantu saya sal analisis filem tu...
saya penim...xfaham ape pun...tp sy da cuba uat separuh...
tapi awk tahu je la....hemm..nk nangis2 rasa...
tapi dalam kesibukan awk nk exam...awk tolong gak saya...
ehmmm sedey...
moga2 awk sudi lagi bantu saya nnt...
utk akhirnya..saya doakan awk berjaya dalam exam...
awk mesti boleh..study k...
jgn bnyk men2...sem2 akhir ni...mmg sakit pale kalo xmanage leklok...
doakan saya jugak k....
nnt jejalan g pangkor plak hihi..
ehmm kita jumpa lagi sem depan insyaAllah....
GOOD LUCK EXAM....=) 

Adoooiiii...Terkejut saya!



Salam....
post kali ni post terkejut...
ouchhh!!!! penat2! =P
berlari2 kesana kemari ngn yayang sy...adoi..
cian dia dop kt bilik sorg2..bkn nk tggal...tapi..hanya dia yang faham..huhu..
ehmm..nape la awk uat sy terkejut cni..ishhh!! sy suka..tp takot!!
kalo jd pape..sape susah?? saya jugak yang susah..
suka rahsia2...ish!! nakal!
tapi xpe..sy happy...=P
malu je...macam orang pening2...
serabai sungguh...yayang saya la ni bg idea.."perunding imej" la katakan..
hahaha..
tapi xpe...sy xtahu...mmg bergetar sgguh la...
nasib bek xjatuh kt beranda tu...
cari punya la cari...
nk men sorok2 ekkkk....
aiiisssshhh!!!!
ehmmm thanks tau..thanks sgt2..hapy ni..
macam mimpi plak...
yayang! i mimpi ke ni????? hehe=)
cam xcaye je....
trima kasih kepada yayang yang sudi membantu..i love u!!!!
sy akan ingat baby sophie tu...tiut2 gtu....
comeiiiii sgt2...
sedih bila dia jd yatim piatu...
nasib bek mak cik dia baik...pak cik dia..nakal ckit..
Pape pun trima kasih kepada semua yang terlibat dalam membuat saya terketar2 ni..
adooiiii..hehe...
jumpa kt post len nanti...=)

22.10.10

Demam+Pening+Muntah..

Demam...
ehmm...xlaratnya...
nangis je keja...bila xlarat cni....
xsuka...xmoo muntah..
pedih perut..sakit tekak..ish!!
emm....xbrani nk mkn da...
buat yayang..tima kasih dr mlm td jd nurse n menemani sy..
sian awk sgt2...tp kdg2 ubt kegelisahan ni ada ngn awk..
maaf sbb xdpt layan awk...
sy tdo awal..xsdar bila awk dop sblh sy...
mst mlm td awk boring..
sy xlarat..nk borak..
pening sgt2..dlm bilik air nyaris xtsungkur kt lantai sbb smpat pgang pintu..
kalo x mmg kita ke PPUM mlm td..
sy xmo awk isau..
tp ble awk dkt ngn sy...tenang hati ni...
nnt kita joging sama2 k...
maaf sbb smlm xdpt g joging..kalo ikutkn sy nk jgk joging..biala nk pengsan tgh2 jalan pun..
tp hari ujan..balik bilik xsangka plak dmam ni mkin hot...
maaf awk..syg awk sgt2!!!
tima kasih bwk utk sy air soya..
maaf xdpt nk minum manyak2..
takot muntah..3,4 teguk je...
kalo x...mmg awk xleh minum soya tu..1gelas tu sy sorg je..=)
sian awk..lipat baju2 sy..sy tahu awk suka lipat kain..
tapi..malunya sy..mmg sy xlarat sgt2..
kepala pening..rasa otak ni merekah2...
hati plak..kacau bilau...
pas siap2..beradu...terus sy lena..smpai ke pagi...
ehmmm...xtahu cne nk balas budi baik awk selama 3 tahun sy kt sini..
awk peneman sy..dr awl sy terkontang kanting..hingga skrg..
sgala2nya awk tahu...
sy syg awk....xmo awk jauh2 dr sy..
untuk akhirnya...
Terima Kasih sgt2....sy hargai awk.....

.......EMY SAYANG KAK YANA......

21.10.10

Aiman-Cinta Terakhir

KeCeLaRuAn...

Astagfirullahalazim....
hari ni antara hari2 y sgt dan amat penat...
dari semalam tido xcukup..sengkang mata siapkan asement dan slide perbentangan..
hemmm...penat smpai xsedar umi balik kolej..
hari ni  3perbentangan selesai...
xtahu la pe pandangan sahabat2 ngn perbentangan tadi..pai xde sape2 y tanya..
samaada faham atau langsung xfaham..
moga2 semua faham...muka penat time uat perbentangan..
teruknya...hemmm..
paling teruk time perbentangan analisis filem..rasa ntah pape je bentang pasal 
filem National Treasure tu...
hemm tapi alhamdulillah komen ustazah xbnyak..cuma uat sdikit penambahan je..
moga2 Allah permudahkan untuk completekan asement tu...
ehmmm...kaunseling plak, tajuk ya bentang cara u selesaikan konflik..
tapi konflik hati sendiri xtahu nk selesaikan cne..
penat smpai nk terkeluar bijik mata..ngantuk xpayah crita la..
nasi pun rasa xslera nk mkn...kalo 1 purnama xmkn pun..xlapa..hemm..
seksanya..sem depan xtahu la cne..
arini pun pusing2 pale tgk org..
badan penat..otak pun penat...merekah2 otak pk mcm2 masalah..


Penantian yang tidak pasti...

Duhai Hati...
hati plak diserang penyakit...xtahu nk ubat cne..
hemmmm..... konflik dalaman...kena selesaikan sendiri walaupun sukar..
mungkin kena menerima keputusan yang dibuat..
mungkin ada y terbaik disebalik yang berlaku...
Allah lebih mengetahui..
kita hanya mampu merancang..Allah yang menentukan...
tapi kecewa tu cuba dikikis supaya tidak terus merebak...
bukan memaksa..tetapi kesuntukan...
pengharapan dan mengharap..hakikatnya "kosong"
Moga2 Allah memberi kekuatan untuk mengharungi setiap ujian dan cabaran..
pasti ada kebahagiaan disebaliknya...

Aku Mengharap RedhaMu Ya Illahi....kuatkan aku....

15.10.10

InSaN bArU..


Salam ceria pagi jumaat...
alhamdulillah...atas kurniaan Illahi...
bertambah ahli keluargaku..=)
tepat jam 5.47pg 12 0ktober 2010..
lahirnya ank buahku yang ke-5..
Muhammad Ar-Rayyan Darwisy...
hadir dalam keluarga kami...ank sulung abg ngah & k.nurul..
semoga bertambah rezeki dan kebahagiaan dalam rumahtangga mereka..
uat umi dan ayah...bertambah2 la cucu,,,
mak lang plak..da terasa tuanya..hehe...
hapy3...=D

11.10.10

Bintang Itu........


Si bintang ‘mencari’ erti cinta,                                                                    

Cinta yang membawa ke syurga.

‘Hadir’ pelangi memberi inspirasi,

Memberi jalan kepada erti cinta hakiki,

Namun,

Bintang mencalari indahnya pelangi tanpa disedari,

Bukan pelangi menceroboh hak bintang ,

Tetapi bintang terlalu ’beremosi’ melontar cahayanya, 

Bintang lupa bahawa ’dia’ hanya makhluk dan hamba. 

Bintang ini hanya kerdil dan kurang manfaatnya buat manusia,

Tidak mampu menjadi se megah mentari di siang hari.

Namun, bintang tak mahu menjadi mentari’ 

Kerana hilangnya tika malam bertandang,

Biarlah si bintang ’terhijab’ dari dilihat tika siang cerah mencerlang.

Namun sebenarnya hadir memberi bakti.Si bintang hanya mahu memberi manfaat,

bukan mahu dilihat. 

Si bintang tak kan mampu mengikut jejak langkah pelangi yang hebat, 

Sentiasa dicari, kerana indahnya menghibur hati.

Malah si bintang sering diketepi dengan hadirnya bulan.

 Tapi,

 Si bintang tak pernah ’berkecil hati’,

 Kerana bintang hanya mahu menabur budi,

 Bukan disanjungi.

 Si bintang bakal hilang gemerlapnya,

 Terkorban setelah memberi cahaya,

 Namun bintang tak pernah ’kecewa’,

 Kerana bintang hanya ’damba’ redha dariNYA.

 Mungkin Si bintang tak mampu memenuhi kehendak pelangi,

 Tetapi Si Bintang ’yakin’ ini ilham dari Ilahi.

 Walau si bintang terkorban,

 Si bintang terima, kerana itu menjadi ’prinsipnya’.

 Bahagia apabila membahagiakan.

Korban andai sayang kerana itu takdir si "bintang hati".