bintangku...


aku

aku

31.3.10

fIeLd wOrK.....

Assalamualaikum...
lama rasanya xbkongsi cerita di sini.. banyak send puisi dan sajak je.. sbb sibuk ngn present, asement n aktiviti2 lain kt kolej ni.. emmm sem ni banyak kajian lapangan.. alhamdulillah semuanya Allah permudahkan.. ada kwn2 yang ada keta, xsukar sgt utk bgerak.. lagipun jalan kat KL ni alhamdulillah boleh hafal la..=) cuma lesen je tetap dgn lesen jalan kaki..hehe.. emm awl sem aritu subjek ptama yang kena uat kt luar. subjek pengurusan dakwah..


sblum btolak sempat ag klik2 dulu...bukti..huhu

satu kumpulan ngn k.farah(menantu ust harun din), umi,zaty...semuanya sporting2.. enjoy je ngn dorg...=) kami pilih tempat u uat kajian kt Butik Beautiful Abaya..di gombak..


kat sana kami kena buat kajian mengenai dakwah melalui fesyen.. dari segi pengurusan dan sebagainya..emm tapi sblum interview pengurus dia.. sempat kami klik2 gambar jubah kt situ..sangat bling2 arganya..^_^ ~~~ tapi window je pon xpe la...abaya kt sini mmg sangat cantik dan menjulingkan mata.. kami kt situ pun byk dok pgang abaya plak..mmg sangat cantik.. ni antara jubah dari timur tengah..emmm import..

semuanya diimport dari timur tengah...



ni pun sama..harga standard bg abaya ni rm250...kalo ada less pon harga ttp rm100 keatas..tapi puas hati la kalo dpt sehelai..huhu..xrugi..sbb kain dia berkualiti..dipilih sendiri oleh pgusaha...

Puan Haliah sdg terangkn kt ktOrg mgenai abaya..sangat teruja untuk berkongsi pengalaman ngn kami..mesra dan suka bkongsi pendapat...melancarkan lagi kajian kami...

zaty ngn jubah pilihan dia..dari dubai..hehe..~~



kak farah pun nk gak ek..hehe..dgn jubah pilihan dia..^_^ ~~ Sweet2!


xnk ketinggalan gak la ngn jubah pilihan...nge3..=) arga rm250..uishhh!!

sesi interview y santai je..^_^

tapi kami kt sana xlama...sbb g ari jumaat..coz jmaat je free..lgpon aritu zaty nk blik perak..tp xde la cpt sgt pon..santai2 je..butik Pn haliah time kami g tu tgh rnovet..so xbyk jubah kt kedai dia..pape pon bpuas ati dgn penerangan dari Puan Haliah..punya matlamat..sangat menepati dia menyampaikan dakwah melalui fesyen muslimah..sepatutnya pengusaha di luar sana kena contohi pengurus spt beliau..sangat mnitik berat mengenai agama..pemilihan pekerja juga salah satu perkara penting..dalam pengurusan butik dia..memang sangat teratur...lebih kurangf 2jam lebih kami disana..kami pon mhabiskan masa2 y ada u klik2 gmbar ngn Puan Haliah n staf dia aritu...=)


syukran alaik atas kerjasama Beautiful Abaya..

semua best2...emmm sekejap je masa blalu...satu lg time uat kajian lapangan kt ABIM Ampang. yang ni subjek cik ja..mungkin ada gak rumitnya kalo kuar ni...tapi best...hehe.. yang ni satu kump ngn umi..ngn cik yah..emm driver kami kali ni lokman. walaupun kesihatan kurang baik time tu..tetap juga melangkah...sbb dorg dah bnyak tolong..lgpun gi Abim bleh la tgk suasana. 40minit pjalanan sampai kami kt tmpt y nk dituju, sempat jgk makan buah langsat..hehe..tp sbb driver kitorg ni expert..pusing2 jumpa jgk..=)


semua tersenyum...alhamdulillah kami sampai awal..mulanya takot lewat..so posing2 la kt situ...

aduyai...pucat..=/



hehe..umi ngan yah...

lbh kurang 40minit kami menunggu..tepat masa yang dijanjikan..yah pun col untuk pastikan Puan Aisyah yang kami nk interview tu, dah ada kt pjabat atau blom..kerani pjbt Abim tu kata Puan Aisyah dh smpai..so kami pun terus masuk ke pejabat...


kami sbnrnya kena uat kajian kepada salah satu institusi mengenai saudara baru, so kami pilih Abim sbb nampak lbh menonjol. sblum bermula kami diterangkan serba sedikit mengenai Islamic Outreach Abim (IOA). abg ni dulu student UKM.



then slps tu, kami pun mulakan kami punya interview. Pn Aisyah ni speaking la plak..huk2 aduyai...percaya atau x, Puan Aisyah ni bukan org Malaysia...tapi berjawatan besar dalam IOA.. bersemangatnya dia untuk membantu saudara baru. Puan Aisyah ni orang Filipina diislamkan di IOA jgk, tapi terus berkhidmat dgn IOA. kagum ngn usaha dia.







IOA menyediakan khidmat kaunseling kepada saudara baru dan umat islam sendiri. selain daripada mengislamkan bagi non muslim. banyak yang convert biasanya sbb nk kawin.. ada jgk yang convert sbb kemahuan sendiri. IOA juga xlepas daripada kecaman luar, ada yang membawa kes ke mahkamah. tapi itulah namanya cabaran dalam menyampaikan Islam. jika kita benar, dimana pun pasti kemenangan milik kita. di IOA disediakan kelas2 mengaji Al-quran, kelas agama dan sebagainya bagi memantapkan lagi akidah saudara baru. kata Puan Aisyah, selepas mereka convert, mereka tidak dibiarkan.. tapi IOA akn contact mereka untuk hadir ke kelas. mereka sentiasa follow up saudara baru dan tidak membiarkan mereka terumbang ambing dan selepas itu mereka kembali kepada agama asal mereka. kerjasama dari pihak2 lain juga dapat menjayakan usaha murni ini. IOA juga mdapat support dari WAMY(salah satu pertubuhan Islam) mempunyai hubungan rapat dengan semua negara2 islam.



penerangan n perkongsian dari Puan Aisyah jelas menunjukkan mereka juga memerlukan sokongan dan sukarelawan dalam gerakan dan setiap program yang dijalankan.semoga usaha murni mereka membuka mata seluruh umat Islam diMalaysia khususnya. sejam kami berbincang n berkongsi mengenai saudara baru, kami pun meminta diri, sebab hari yang kami pegi, hari jumaat jadi kami perlu smpai awal sbb lokman nk solat. sblum balik kami klik2 sedikit gambar untuk cik ja. dia sangat suka tgk gmbar2 sbgai bukti kami ke sana. biarpun kepenatan, tetapi field work ni menunjukkan dan menampakkan kepada kita hakikat sebenar realiti di luar sana. jika dikelas sekadar perbincangan sahaja. pape pun semoga pengalaman ini menjadi lebih berharga.


hehe..gambar,gmbar n gambar...





alhamdulillah semuanya berjalan lancar...kami terus berangkat pulang ke Universiti Malaya...(^_^) syukur padamu Ya Allah..

23.3.10

ibu..




Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku,
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu...
Bagaikan sebati dalam diriku

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku

Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi....
.

24.2.10

DiArI UsAnGkU....




Gegaris perjalananku yang penuh ranjau
Berliku nan bersimpang siur jejalannya
Menuntut kemampuan diriku menempuh hidup ini
Dengan penuh kental lagi cekal
Segala cabaran yang menghunjam kuteguhkan hadapi jua

Dalam proses mengenal diri memaknakan insani
Kudalam dilemma berbolak hati ini
Antara pahala..dosa.. halal.. haram
Menerobos duniawi yang penuh dengan pancaroba
Kuperlu mengharungi dengan berhati-hati
Agar tidak terkuis dari landasanNYa

Kemanisan yang dikecapi
Keindahan yang dilalui
Kegembiraan yang dirasai
Tawa..yang meniti titian kehidupanku
Hanyalah seketika cuma
Musim bersilih ganti
Dari jahiliyah ke arus madani
Dari kegelapan ke arah NUR berkelipan
Dari kesesatan ke titian yang lurusAlign Center
Dari kekufuran kembali kepada yang MAHA Pencipta

YA ALLAH,
Ku tunduk malu padaMU
Diari usangku yang penuh calar-balar
Penuh dengan garisan lukisan kehidupanku
Tercalit pelbagai warna-warni
Andai dapatku padam satu persatu
Menjadi kertas putih lagi suci
Mampukah AKU ??!!

YA Rahman YA Rahim
Kumohon pertolongan mengemis keampunanMU
Tebalkan IMANku, kejapkan kalbuku
Kentalkan pendirianku, padukan fitrahku
Moga kutidak tersasar jauh dari landasanMU
Ku menghayati bait kalam Quran
“Kamu (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,
(kerana kamu) menyuruh berbuat yang makruf,
dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.

YA Rabbal Alameen,
limpahilah hatiku dengan belas kasihan-Mu,
baik pada siang hari dan malam hari
mahupun pada saat pagi dan petang
waktu daku tidur atau terjaga kecuali mengingati namaMu
antara jiwa dan nafasku.
Engkau telah masukkan ke dalam hatiku satu gagasan
bahawa Engkau Maha Suci Tuhanku,
telah banyak dosa yang daku perbuat dan Engkau mengetahuinya
taburkan titian perjalananku dengan syafaat dariMU
moga kuterus istiqomah ke jalanMU

Akhiran,
mantapkanku dalam perjuangan hidup untuk mendapat keredaanMU
berikanku petunjuk dalam memilih menilai neraca kebaikan
limpahkanku dengan penawar hati di saat diri dilanda kealpaan

YA ALLAH,
Jadikanlah cahaya dihatiku
Cahaya dilidahku
Cahaya dipendengaranku
Cahaya dipenglihatanku
Cahaya dari belakangku
Cahaya dihadapanku
Cahaya di atasku
Dan cahaya di bawahku..
Ya ALLAH berilah aku cahaya… ameeen…



Ilham cipta

“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah dirimu; kerana tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk(*). Hanya kepada Allah kamu kembali semuanya, maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah Al-Maidah :105)

1.2.10

iNfO kEsIhaTaN...

Alhamdulillah hari ni masih dibangkitkan dengan kesihatan yang baik...mampu menghirup udara yang segar milik Illlahi...insyaAllah..malam ni dapat lagi bersama bintang malam yang selalu menemaniku kala suka mahupun duka..emmm hari ni cuti..bolehlah rest dari kesibukan kelas, slalunya pg ni kelas kol 9...neb bek dop KL...dapat la cuti wilayah.. =) nk g library pun xbleh..so dop bilik je la..rutin harian dibilik da setel..dan skrg ngah baca satu majalah dan jumpa beberapa info kesihatan.. insyaallah dapat kita kongsi bersama..;-

info 1 : HANYA 2 MINIT
= ambil masa sekurang-kurangnya 2minit untuk anda membersihkan meja anda dan membetulkan skrin komputer anda supaya selaras dengan kedudukan mata anda. jarakkan sedikit penglihatan anda di antara 15-30 inci dari tubuh anda. cara ini boleh membantu anda meredakan ketegangan saraf dan memperbaiki postur tubuh anda...

info 2 : MANDI bukan sekadar bersihkan badan
= kajian terbaru tentang mandi mendapati ia bukan sahaja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran tetapi mengelakkan tekanan dan meningkatkan sistem ketahanan tubuh. penyelidikan dalam terbitan New Zealand Journal of Medicine menunjukkan menghidap diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam dengan berendam dalam air suam dapat menurunkan tahap gula darah sebanyak 13%. manakala kajian di Jepun pula mengatakan 10minit berendam dalam ais panas dapat membaiki kesihatan jantung terutamanya lelaki.

info 3 : cubalah senaman KALIGRAFI AIR
= khas untuk warga emas. menulis kaligrafi air di atas lantai batu menjadi salah satu bentuk senaman atau aktiviti kecergasan yang dilakukan oleh warga emas di Guangzhou, China. aktiviti ini disifatkan sebagai aktiviti yang menyihatkan kerana ia dilakukan berdasarkan pergerakan sendi, kaki dan tubuh menulis kaligrafi. dengan membongkok atau duduk, ia dikatakan dapat menguatkan beberapa anggota fizikal.

info 4 : TERAPI ALTERNATIF UNTUK STROK
= strok terjadi kerana darah tidak sampai ke otak dan ia boleh mengakibatkan kematian atau lumpuh separuh badan. untuk merawat mungkin mengambil masa yang lama tetapi anda boleh cuba terapi alternatif ni...:-

AKUPUNTUR > Ia untuk mengimbangkan aliran tenaga dalam tubuh, mengaktifkan saraf dan merangsang otot.

ARPMATERAPI > menggunakan minyak essential untuk urutan. ia dilakukan agar minyak tersebut dapat menembusi kulit, mempengaruhi organ dalam tubuh dan membantu meredakan tekanan kepada pesakit.

HIDROTERAPI > terapi air panas digunakan untuk mengurangkan rasa kaku pada otot-otot. wap panas inilah merangsang keluar peluh, melebarkan pembuluh darah dan membuka pori-pori. gunakan air suam kerana ia dapat memberi efek yang menyegarkan.

info 5 : bersenam untuk kesihatan
= tahukah anda, berjalan pantas selama tiga jam seminggu dapat mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 40%. manakala wanita yang melakukan senaman ini secara berterusan dapat menegelakan risiko kanser payudara sehingga 60%.

info 6 :JOM SHOPPING!!! =P
= sesiapa sahaja tidak akan menolak perlawaan apabila diajak untuk shopping. bukan sekadar untuk memanjakan mata dan membeli barang yang diinginkan tetapi dengan aktiviti beli belah ini, ia menjadi satu alternatif untuk anda membakar kalori. selama 45minit berjalan tanpa henti di pusat membeli belah, anda telah membakar 90kalori dalam tubuh...=)

info 7 : bukan sekadar SENYUM
= menurut saintis, senyum dan ketawa adalah satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan hormon.

SENYUMAN ~~
Bukan sekadar reaksi gerak muka tetapi mempunyai kaitan rapat dengan penghasilan endorfin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.

KETAWA~~
Ia dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrien dalam tubuh. ketawa juga boleh membakar kalori seperti bersenam beberapa minit.

~~~ emmm.. itulah antara info2 kesihatan yang sy dapat ni...info ni dari majalah rapi (feb 10) selamat mencuba..^_^

30.1.10

jAnGaN mEnCaRi tErLaLu SeMpUrNa..



Jika kau memancing ikan.
Setelah ikan itu terlekat dimata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia kembali ke dalam air begitu saja..
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
Ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan
MENDERITA selagi ia masih hidup

Begitulah juga..
Setelah kamu memberi banyak
PENGHARAPAN kepada seseorang
Setelah ia mula MENYAYANGImu
Hendaklah kamu menjaga hatinya..
Janganlah sesekali kamu MENINGGALKANnya begitu saja..
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu..
Dan mungkin tidak dapat melupakan
Segalanya selagi dia mengigatimu

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
Jangan terlalu mengharap pada takungannya
Dan janganlah menganggap ia begitu teguh..
Cukuplah sekadar keperluanmu..
Apabila sekali ia RETAK..tentu sukar untuk
Kemu menampalnya semula..
Akhirnya ia dibuang..

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya
Mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi..
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang
TERIMAlah seadanya..
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
Janganlah kamu menganggapnya terlalu istimewa..
Anggaplah dia manusia biasa..apabila sekali
Dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi
Kamu untuk menerimanya…
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya..

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi
Hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya..

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi…
Yang kamu pasti baik untuk dirimu..
Mengenyangkan..berkhasiat..
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari
Makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan..
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya..
Kamu akan menyesal..

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..
Yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU…MENGASIHIKU…
Mengapa kamu berlengah,
Cuba MEMBANDINGKAN dengan yang lain..
Terlalu mengejar kesempurnaan…
Kelak, kamu akan KEHILANGANYA apabila dia menjadi milik orang lain…
Kamu juga yang akan pasti MENYESAL…

28.1.10

WaNiTa & RaMa-rAmA..


Lihatlah rama-rama, ia cantik..apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria..hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga..seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap disitu, tentu ada sesuatu yang tidak kena..

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda warna dan corak rama-rama itu akan berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahupun diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar..

Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya, harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya ..dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada didalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama.terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenamg kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambing pengorbanan ibubapa.

Usah jadi rama-rama yang didalam bingkai gambar indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang kesana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalnya harga diri anda. Semakin sukar anda dimilikki semakin mahal anda disisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.

Usah tertangkap kedalam tangan yang hanya akan meleraikan warna warna anda. Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita anggun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.

Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam.

Jadilah wanita yang membanggakan semua orang..


26.1.10


umi...

tirai malam..
ku renung bintang berkedipan..
ku jeling purnama kencana..
gah dipersada kesunyian..

pabila subuh..
puspa sari dari kayangan ..
menjelma ke dasar pencarian..
terpaku sang gahara disentap si rupawan..

sebentar tadi,
laungan azan ..
memecah tabir kepiluan..
titisan air mata ..
membanjiri kesunyian pagi..

walau hati kian tercarek..
oleh perasaan rindu padamu..
namun kuteruskan jua..
hanya kernamu umi..

umi..
ketika ini..
keinsafan menyelubungi diri..

pesanan umi..
akan terus segar dilubuk hati..

umi..

ku kan teruskan cita ini..

agar kau tersenyum lagi..

katamu;
^segunung impian dicita
selangit harapan didamba
kaulah racun ..kaulah madu ..kaulah permata bonda..^