29.10.11
Kehidupan
Assalamualaikum pembuka bicara... (",)
syukur alhamdulillah..selama hampir 3bulan.."mencari arah"..
hari ni..baru diberi kesempatan utk bersua kembali dilaman ini...
serius 2,3 bulan ni sgt sibuk
sampai xbkesempatan utk bertandang n mencuci habuk2 n sawang di blog..
Berbagai cerita n memori terindah
hingga tidak mampu dirungkai dengan kata2..
moga Allah sentiasa mengurniakan rasa bahagia ini..
kerana keperitan yang hadir sebagai penambah rasa
dalam kehidupan..berwarna warni...
Kini..
diluar medan pencarian ilmu..
terasa sangat suasana yang berbeza...
diri masih belum puas berada dimedan tersebut..
TAMAK???
Ya! kini diri ini makin tamak..
tamak utk mengali n mencari ilmu lagi..
masih mahu terus berada dimedan pencarian ini..
Ya Allah..tetapkan jalan terbaik utkku..
permudahankanlah segala urusanku..
moga ku berada didalam redhamu..
13.7.11
Yakin Allah Tidak Akan Mensia-siakanku...

Kadangkala dalam hidup kita tidak pernah sedar, Tuhan sudah melengkapkan hidup kita dengan benda-benda yang kita perlukan untuk jalani hidup dengan sempurna. Sebab Dia akan sentiasa berikan yang terbaik buat kita.
Sempurna vs Terbaik?
Sempurna itu saya lihat dari sisi, dari gambaran cukup atau tidak dalam sesuatu benda asas dalam hidup yang menjadi suatu keperluan, bukan dalam konteks kita dapat segalanya yang kita minta.
Terbaik? Benda yang kita perolehi itu pastinya sesuatu yang Allah sudah rancang untuk kita, dan Dia tahu itu ada adalah sebaik-baik perkara yang bersesuaian dengan fitrah diri kita. Bukankah Allah itu sebaik-baik perancang? Seperti mana tidak pernah ada istilah kebetulan ataupun istilah bernasib baik dalam hidup. Segala sudah diatur rapi, hanya menunggu masa untuk 'dilepaskan' dari Loh Mahfuz dan mencorakkan hidup kita.
Hidup tetap ada pasang surutnya. Tetap ada kegembiraan walapun terselit duka. Allah juga telah berjanji, selepas kesusahan pasti kesenangan berpanjangan akan datang menghampiri. Untuk mengharungi, caranya juga Allah telah jelaskan. Solat dan sifat sabar itu penawarnya.
Syukur tingkatannya lebih tinggi dari tingkatan sabar. Berapa ramai manusia boleh bersabar? Tidak ramai. Apatah lagi yang mampu mengucap syukur, malah bilangan lebih sedikit. Apa erti syukur yang sebenarnya? Apabila kita redha dengan segala ujian yang datang menyinggah, itu adalah suatu bentuk kasih dan tarbiyyah Dia buat kita. Redha? Bila hati ini belajar mengucapkan syukur. Lebih cantik apabila diadun dengan tawakal dan kebergantungan sepenuhnya terhadap rahmat Allah yang tidak pernah surut datang menyirami kita setiap masa.
Rezeki Allah itu bertebaran di muka buminya yang luas, selagi ada rezeki buat kita maka usah gusar. Mengapa harus dikisahkan, dirisaukan tentang perkara yang belum pasti berlaku? Benar hidup itu suatu percaturan, tiada siapa yang mengetahui masa depan apa yang bakal berlaku.
Namun bersedia dengan kejutan dalam hidup yang sudah ditentukan dan tetap istiqamah berusaha mencari redhaNya, suatu ketetapan yang perlu dilakukan sentiasa. Itu sahaja cara mengajar hati agar redha. Jangan pernah berhenti yakin dengan adanya rahmat Allah, tetap sentiasa akan ada laluan buat kita seandainya laluan target kita sudah beralih simpangnya, kerana Allah sudah membina 'jalan yang lain'.
Terus usaha mencari redhaNya. kerana Allah melihat kepada hasil. balasan yang setimpal itu imbalannya. sama ada dalam bentuk yang sama seperti apa yang kita usahakan, mungkin juga balasan itu dalam bentuk lain yang tidak pernah kita sangka-sangka. yakinlah bahawa hidup ini diciptakan dengan indah, dan ujian itu penyerinya. Ujian itu wasilah kita mencapai apa yang sepatutnya yang terbaik dalam hidup kita. Ujian itu perlu sebelum melayakkan diri kita menerima imbalan yang pastinya tetap membuatkan hidup kita tenang dan dalam keredhaanNya.
Cukuplah Allah sebagai pelindungku.
Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang bersabar. Usah bersedih.
Jangan Menangis!! - Bintang Comel & Bintang Kuat -

Assalamualaikum w.b.t alhamdulillah..dapat lagi untuk mengupdate blog yang sebulan lebih xdiupdate.. keterbatasan waktu utk mencoret kata disini... banyak cerita..penuh kisah..pelbagai rasa... yang pasti itulah kehidupan manusia dimuka bumi Illahi..
sebab ku yakin yang baik itu datangnya dari ALLAH SWT.. dan jika ade yang buruk itu.. datang dari diri saya sendiri.. dan saya yakin ada hikmah disebalik kejadian.. walaupun banyak sangat air mata yang da saya sumbangkan.. huhu.. ini lah namanye kehidupan..
dan insyaALLAH akan laluinya dengan penuh ketabahan..
semoga diri ini mendapat keberkatan dari ALLAH SWT..
untuk meneruskan segala cabaran.. insyaALLAH..
::Sekuat Bintang DiAngkasa::
- Amirah-
19.5.11
Terindah....
pembuka bicara..senyum indah kuukir buat pembaca..
terima kasih masih sudi utk melapangkan waktu membaca nukilan rasaku..
menyepi seketika..dek kesibukan yang tidak berkesudahan...
hujan panas terpaksa ku redah...
alhamdulillah...penat lelah berakhir dengan senyuman...
bersawang sudah blog ku...penuh habuk2 rindu...=)
kembali nak berkongsi macam cerita disini..
kisah suka mahupun duka...
warna warni kehidupan...
inilah perjalanan hidup aku...
Alhamdulillah..tamat sudah pengajian di universiti malaya..
3 tahun bertungkus lumus...
jatuh bangun di medan pencarian Ilmu...
sungguh cepat masa berlalu...
Ya rabbi…syukur atas segala limpahan nikmatmu
Tanpanya tidakku bahagia hingga kini
Rasul penyambut utusan…selawat dan salam buatmu
Sunnahmu jadi panduan dan ikutan
AyahBonda
Ku ditatang bagai secangkir madu
Kalungan doa kebahagiaan tidak pernah dilupakan
Lautan kasih sayang dan jasa kalian mendidikku
Bersama restu illahi hanya doa buatmu..
terima kasih juga buat abg yas, k.atin,a.ngah dan kak nurul..
adik-adik tersayang ah, la,yaya..
permata2 hati Mak Lang..Athirah,Ayuni,Amru,Amalin & Rayyan..
kalian pendorong dan penguat semangatku..
Dalam mengharungi arus kehidupan mencabar ini..
terima kasih atas bantuan dan kasih sayang yang diberikan selama ini..
moga kalian kan berada dalam rahmat iradatNya...
Teman setia
Insan penyabar pendengar rintihan penawar duka penyeri kehidupan
Satukanlah diriku dan dirimu dalam redha Illahi
Semoga kita bakal bertemu dengan sebaik-baik keadaan
kesunyian melanda hati..terasa kosong...
mengimbas kenangan bersama sahabat2 tersayang..
study sama2...sangat rindukan mereka yang sentiasa memberi ku kekuatan utk meneruskan lakaran kehidupan yang sangat mencabar ini..
rindunya gelak tawa bersama...pelbagai cerita dikongsi...
macam2 ragam..namun..xkan pernah ku lupa saat bersama ini..
moga kalian juga turut merasa apa yang ku rasa...
kalian permata2 hatiku...
jika dipanjangkan umur...InsyaAllah kita jumpa lagi nanti...
"ayat tenangkn hati,padahal melompat2 nk jumpa!"
Hari Konvokesyen...^_^
Para Murobbi...
yang tidak pernah jemu mendidik...
Syukran Kahtir...
buat ustaz & ustazah di Akademi Pengajian Islam..
JDPI Khususnya..
jasa kalian sangat dihargai dan dikenang..
halalkan segala ilmu yang telah dicurahkan..
moga dimedan ini dapatku rentasi bersama ilmu-ilmu yang kalian curahkan..
< ustazah Jameah >
nasihat ustazah sangat bernilai..
kalo bleh saya nak record pe yang ustazah cakap...
susahnya nak dapat nasihat ustazah lg lepas ni...
terima kasih ustazah...
Korang memang terbaik...
sangat bertuah dapat kenal kalian..
Umi,Yah,zue,izati,chek,nailah,malina,masyi,naemah,una,wani,layha,ummi & min
akak rindu korang semua...bermacam-macam ragam...=)
fakruddin,izuddin,lokman,syahril,azmal,fazrin,faiz,syuk,najib,ipin,nawal,Jay &mud
terima kasih sudi jadi teman terbaikku...
nak kawin naty jgn lupa jemput...=)
ukhuwwah ini tersangat indah...
moga Allah menyusun yang terbaik buat kita semua...
jaga diri baik2 semua...
KINI...
ku di medan baru...
menjadi "Penganggur Terhormat" yang bkn lagi menanti tetapi pasti
Ya Allah...
Kau permudahkanlah segala gerak langkahku..
Semoga tugas dan tanggungjawab yang sedang ditunaikan ini..
Dapat diselesaikan dengan baik...
Terima kasih Kak Syu & Kak Syuhaidah..^_^
ku kini didalam perang Rindu...
semoga kalian sentiasa dalam keadaan sihat & gembira..
andai ada yang hendak dikongsi...
ku sentiasa ada utk kalian..
salam penuh kasih sayang dan kerinduan buat kalian..=(
10.4.11
Rendah Maharnya, Tinggi Harga Cintanya…

Assalamualaikum sahabat-sahabat....
Diharap semua berada dalam sihat sejahtera dan sentiasa diredhai Allah…
Tetiba hari ni...mood entri berlainan dari biasa...=) Sal kehidupan akan datang.. tadi terbaca artikel..rasa nak berkongsi dengan sahabat-sahabat semua..sebagai peringatan bersama...^_~
“Perkara Yang Mudah Telah Dirumitkan”.
Itulah yang akan berlaku dalam sesebuah perancangan untuk berkahwin. Dan yang menjadi masalah ialah nilai duit hantaran yang diminta oleh setengah ibu bapa. Tinggi melampaui had dan diluar kemampuan pihak lelaki. Rasanya jika nilai duit hantaran ini tidak terlalu tinggi, ia memang memudahkan perkahwinan orang-orang bujang. Jadi yang menyukarkan adalah ibu bapa anak perempuan.
Berikut beberapa ayat-ayat Al-Quran dan Hadith menunjukkan mudahnya untuk berkahwin, dan hadith menunjukkan perkahwinan itu perlu dipermudahkan.
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Apabila datang kepadamu seorang lelaki, datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya. Maka nikahilah dia. Bila tidak engkau lakukan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi” (Hadith Riwayat Termidzi dan Ahmad)
Firman Allah SWT:
“..Dan kahwinkanlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan hamba perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memampukan (menjadikan kaya) mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui..” (An-Nur:32)
Hadith Rasulullah lagi,
Dari Ali r.a., sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda kepadanya; “…3 perkara jangan engkau tangguhkan, solat apabila tiba waktunya, mayat apabila telah sampai, bujang apabila ditemukan sekufunya..” (HR Tirmizi).
Hadis Sahl bin Saad r.a:
“Pada satu ketika seorang perempuan datang berjumpa Rasulullah s.a.w seraya berkata: Wahai Rasulullah! Aku telah datang untuk menyerahkan diriku kepadamu.
Lalu Rasulullah s.a.w memandang kepadanya sambil mendongak kepadanya dan memerhatikan dengan teliti kemudian baginda mengangguk-anggukkan kepalanya.
Apabila perempuan itu mendapati Rasulullah s.a.w diam tanpa memberi keputusan, perempuan itu segera duduk, lalu bangunlah seorang sahabat dan berkata:
Wahai Rasulullah! Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya, kahwinkanlah aku dengannya.
Rasulullah s.a.w segera bertanya: Adakah engkau memiliki sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin.
Sahabat menjawab: Tidak ada!
Baginda bersabda: Pulanglah menemui keluargamu mencari sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin.
Lantas sahabat tersebut pulang, kemudian beliau kembali menemui Rasulullah s.a.w dan berkata: “Demi Allah! Aku tidak menjumpai apa-apa pun yang boleh dijadikan mas-kahwin”.
Maka Rasulullah s.a.w berkata lagi: Carilah walaupun sebentuk cincin besi.
Lalu sahabat tersebut pulang dan datang kembali serta berkata:
Wahai Rasulullah! Demi Allah aku tidak menjumpai apa-apa walaupun sebentuk cincin besi, tetapi aku hanya memiliki kainku ini iaitu kain yang hanya boleh menutupi bahagian bawah badannya (Sahl berkata: Sahabat ini tidak mempunyai pakaian yang menutup bahagian atas badan) maka aku berikannya kepada perempuan tersebut.
Rasulullah s.a.w berkata: Apa yang engkau boleh buat dengan kain engkau itu, sekiranya engkau memakai kain itu. Perempuan tersebut tidak dapat memakainya walaupun sedikit. Apabila dia memakai kain tersebut engkau tidak mempunyai apa-apa untuk dipakai.
Sahabat itu duduk sehinggalah sekian lama kemudian bangun. Rasulullah s.a.w memandang kepadanya seterusnya dia beredar dari situ.
Setelah itu Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya dia dipanggil. Apabila sahabat tersebut sampai, Rasulullah s.a.w bertanya: Apakah yang engkau miliki daripada Al-Quran?
Sahabat tersebut menjawab: Aku hafaz surah itu dan surah ini. Sahabat berkenaan menghitungnya.
Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Adakah engkau membacanya secara hafalan? Sahabat tersebut menjawab: Ya! Rasulullah berkata: Pergilah! Engkau telah memilikinya bermas-kahwinkan ayat atau surah Al-Quran yang engkau hafaz ”
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim : 2554
Wallahualam…^_^
7.4.11
Mimpi Seorang Gadis....

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.
Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun.
22.3.11
Mengimbau Kenagan Lalu...^_^

semoga kalian semua sihat dan gembira selalu..
Alhamdulillah kembali lagi mengupdate blog setelah beberapa hari menyepikan diri..
tidak berkesempatan untuk update..
ada masalah ckit.. itulah kehidupan...
papepun skrg ni nk update juga..
sebab setiap saat yang berlalu..ada kenangan terindah dalam hidupku..
selagi dapat di curahkan disini..
mungkin ni lah satu2nya laman curahan hatiku...
beberapa hari ni, selalu je hujan..
bleh dikatakan setiap hari berjalan dalam hujan..
xhairan lah kalo skrg badan panas dan sangat pening pale..
sgt sensitif kulit kalo kena ujan kt KL ni..
mst gatal...bahayanya..
kadang lupa bawak payung..risau nak balik kolej..
dan bila time2 ujan cni..
teringat zaman kegemilangan kt sekolah dulu..hihi.. ahaaaiiii...
gelak sorg2 kalo ingat.. ^_^
bestnya time tu...berjuta kenangan ada..
nak2 kalo time2 ujan...ada je plan kami...
mcm budak kecik...1 umah sewa bising...
sebelum bum2 men jala2 ngn simut...korg pun msti penah men..kan??
Da mcm 1 keluarga kt umah tu...
ntah bile la dapat bum2 ngn korg ag..
men jala2 simut...makan sama2...gaduh sama2..
huhu nak2 kalo uat wida' umah sewa..huhu..
mau bengkak bijik mata.. nangis mintak maaf...
lucu plak kalo ingat balik..
suka sangat gaduh..pastu nangis..
1 umah plak ramai ssgt.. kalo bising...
mau bergegar umah sewa tu...
bile cik yah (isteri tuan guru) ketuk dinding umah..
baru la senyap...huhu.. terok btol anak dara..
biasa la pompuan..banyak sgt cite..
kol 1pg xbum lagi...syok dok bercerita..=)
Tikah,jue,syirah,ah,saya,eliza,dilah(arwah),pije,nurul (susunan bile kami bum2)
bising yang amat la umah kalo kami stat bercerita...=)
MEMANG SATU GENG!
bahagia ada miliki sahabat seperti kalian...
Geng umah sewa kami ada yang telah kembali ke Rahmatullah..
Dilah..
seorang yang sangat lucu..dan slalu uat kami gelak..
cerdik..macam2 benda dia suka kongsi bersama...
kehilangan dia sangat dirasai hingga kini..
penyakit buah pinggang dia sangat parah...
sampai ditebuk situ sini..
terakhir dia ditebuk di leher...
sangat sedih bila kenang kembali keadaan dia di hospital..
sayu hati...
tak siapa sangka..Allah lebih menyayangi dia..
Lah..k.emy rindu sangat ko lah... =(
masih segar di ingatan senyuman dan gelak tawa dia saat disisi..
semoga dirimu tempatkan ditempat yang mulia sahabat...
kau sahabatku...kau teman sejati....
Diantara kami juga..
ada yang baru sahaja mendirikan rumahtangga..
Alhamdulillah...
Nurul...
gembira tgk sahabat yang dah ke jinjang pelamin...=)
saya??
hihi..entah bila...belum sampai serunya lagi...=D
Time sek dulu...
dia juga salah seorang yang paling banyak cerita..
huhu cite ape??? hihi..syyyhhh...bahaya...
macam2 ragam dalam bersahabat...
tapi dia sahabat yang spotim mortim..=)
kat bawah ni gambar walimah dia dan suami..
tapi.. time dia kawin x dapat join..
sbb time tu ada kuliah...
alhamdulillah sempurna semuanya...
semoga cepat dapat baby nurul!! rindu kamu...=)
nurul & suami...^_~ syirah...
bila teringat dia...
teringat lawak2 dia..
time men jala2..haha.. aihhh...syiroh...syirah...
dia best student sekolah..
cakap arab tu..cair dimulut..
huh...kalo dgr suara je..xtgk muka..
sah2 kata dia org arab..huhu
dia lah antara geng kami yang blajar jauh pai obesea...
tap sekarang da balik mesia...
tembam da skrg..comel!
selera sangat makan kt sana ye..
sekarang dia pun da keja..
sibuk semacam dah.. jarang2 dapat col....
biasa la keja travel sana sini...
moga2 Allah permudahkan segala urusanmu sahabat..
alhamdulillah...
dia pun da jadi tunangan si dia.. bakal menyusul selepas nurul...
aminnnn...=)
Ah...
haha.. yang xyah cite la..
mmg kami bersama dari kecik ag...
adik comel saya...
kami mmg xleh bpisah.. mst dop satu asrama..
kalo x..xlena tido... nak nangis je...sbb takut dia xselesa..
dia sgt geng ngn syirah kalo men jala2...
geng jgk ngn syirah kalo nk ngafal..
mst g dop kt meja batu blakang umah ayh zik...
situ je tmpt dan port paling dorg suka kalo ngafal..huhu..
skrg adik saya da keja kt kementerian...
lagi awal dr saya..
alhmdulillah...rezeki dia..=)
sayang kamu....diet2 sikit tau..kakakmu xsempat nk besar...hihi
Eliza...
hemmm dia ni ayu2 gitu... xlama ag da nak kawin la ni..hihi..
tggu biz blajar je..
dia blajar kt uia...dah setahun kami xjumpa...
sbb cuti dia xsama ngn kami..
slalu je xsama..tapi yang penting saling mengingati..
dia lah geng saya time men jala2.. =)
sy ngn dia y selalu kalah kalo bab ni..
sbb xlarat sgt nak lari...mesti dapat punya..hihi
andai ada ruang waktu..pasti kita akan ketemu lagi...
jaga diri..semoga dipermudahkn..
dan cepat2 kawin tau..
da xsaba nk beli adiah besa gedabak ni..hihi
eliza...^_~ time jumpa dia 1st year kt um...dia dtg melawat si buah hati...=)
pije...
hah! yang ni mmg pelawak Geng..
sape xknal dia... sebut je nama..mst kenal..
apa y kuar dr mulut dia..mst uat org tergelak..
dialah penghibur kalo sedih2..
dia org y wajib nalik tiap2 minggu...
warden xbg pun...dia nk blik gak..
tp xpnah kantoi ag... ramai backup2..huhu..=)
skrg ni dia keja ngn family...
makin comel!
last jumpa pun time dia g majlis kawin a.ngah..
pastu..da xjumpa dah...=)
xde plak gamba dia yang tersimpan di lappy...
tp tersimpan dihati..
moga ada susunan tbaik dariNya utk kita..=)
jue dan wan....
dorg ni tukang gelak je.. pemalu..
tapi...bila syok bercerita...
pecah perot dok gelak...
jue ni suka uat air pagi2..sarapan sama2..
jue skrg blajar kt Uum...jauh nun di sana...
da lama sangat xjumpa...tapi masih lagi berhubung di FB...
terlebih canggih da skrg..huhu=)
wan...
dia plak blajar kt Unisza...
alhamdulillah..minggu lepas baru je juumpa dia..
rombongan unisza ke UM..
dorg dtg cari tesis kt library zaba.. beria2 nak jumpa...
meredah lah dalam hujan..=)
makin comel da semua...hahai...
xlama ag kawin la korg..huhu...
insyaAllah...kita jumpa lagi lps ni...
sangat rindu kenangan bersama..=)
jue & wan yang makin cun melecun!sorg lagi Tikah....
tuannya kecik dan kurus... agak garang jgk la dia...@_@
kdg2 ok...kdg2 xok...
sukar nak baca sikap dia...
tapi walaupun dia cm2...dia sangat baik...
selalu je tolong kawan2 kalo ada masalah..
if sape2 sakit..dia akan tapaukan makanan..=)
antaranya saya lah org yang paling dia bnyak tapau..
pandai juga urut kawan2..kalo sape2 terseliuh..
tapi saya sangat xsuka...tergelak2 satu umah..hihi
lepas biz study mada dulu..
terus xjumpa dia... lost contact...
pape pun doaku semoga dia sentiasa bahagia selalu..
dipermudahkan segala urusan harian..
insyaallah...kita jumpa lagi nanti..=)
Itulah antara kenangan di rumah sewa time kt mada dulu...
susahnya nak dapat rasa lagi... suasana sekarang dah sangat berbeza...
dulu gotong royong rumah tiap2 hari jumaat...
pas subuh terus dgn tugasan mingguan yang disusun oleh???
saya...hihi
tapi dibuat berdasarkan persetujuan masing2..=)
lepas semua keja setel..kami berduyun2 akan g kedai lalat..
sbb ada pasar pagi...huh! panas yang amat bila jalan kaki..
tapi sanggup...
sbb hari jumaat je kami bleh kuar jalan ramai2 cm2..
coconut shake, burger goreng,apam balik,kebab,abc,
haaaa...tu antara menu y kami akan dapatkan tiap kali pegi..
puas ati kalo dapat...berbaloi walaupun panas..=)
rindunya!!!!! ^_^
Dekat sekolah plak geng sekelas...
walaupun kami satu geng y dikenali...
tapi saya xdikenali spt mereka..huhu
Gambar poyo kelab geog..padahal da f.5..hihiika
(penolong kelas@sentiasa dgn baju pink)
syirah
(KKS@sentiasa berbaju biru)
saya
(pengawas@sentiasa berbaju hijau)
eliza
(pengawas@sentiasa berbaju hijau)
yue
(pengawas@sentiasa berbaju hijau)
Qis
(Pindah Maahad pas SMU)
xde dalam gambar kt atas..
sbb masa ni dia da pindah ke maahad...huhu tapi tetap geng kami..
inilah kami...
rindunya kenangan bersama korang dulu... macam2 hal...
rehat sama2...berduyun g kantin...
kalo ada yang kena bertugas kt kantin time rehat..
kami duduk la kt kantin pai biz rehat..
huhu...
best sangat...
dulu saya sangat xsuka nak berjalan g kantin..
sbb kena melintas bangunan laki...
hadoi..dorg kalo tgk je..xpe jugak..
ni bising..yang amat..
kalo bleh nak cepat2 je sampai kantin..
kalo balik mesti xsabar nak sampai kelas..
tapi skrg..tinggal kenangan..
tapi bila cuti kami kuar jugak...
jumpa kt kb..
restoran Nur Sutera la port biasa kami..
dari zaman sekolah ag..
situ la tempat paling best kami jumpa..
banyak kenangan kt situ..
hihi..
ABC situ sangat best! =)
yang paling xbest..
saya lah org paling lambat sampai tiap kali jumpa..
selalu je ada hal...
hahahaha..
saje bagi dorg tertunggu2...
rindu sesangat..!
bila jumpa..mesti ada cte hot nak gtau..
syok tgk sorg2 bercerita..
ahhhhhh...rindunya kamu semua!!
lap u all!
time ni gambar kami ber5 je..syirah xbalik ag dari jordan..=)
Dan ni pertemuan kami akhir tahun lepas...=) stil xcukup..sbb eliza xdapat datang..macam2 lagi kenangan yang tak dapat dilupakan..
time study...
time mamam...
time bum2..
time jejalan..
time happy...
sedih...
semua kami kongsi bersama...
bila jauh cmni..
rindu sangat...
pape pun ada jodoh..kita jumpa lagi..
xlama ag ada yang nak kawin plak..hihi
::sahabatselamanya::
jumpa di entri akan dtg..
Assalamualaikum...
^_^





