bintangku...


aku

aku

21.1.11

Bila Hati Berbisik...

A s s a l a m u a l a i k u m . .

kembali ke en3 baru..
hampir seminggu x mengupdate blog..
disebabkan kesibukan menguruskan tugasan harian..
membataskan waktu utk menjenguk..

Hemmm.. da hampir nk masuk minggu ke 4 dah di sem baru...
cepatnya masa berlalu...
baru sedar 3tahun di alam kampus..sekejap sangat..
xmoo kuar lagi rasanya..
nak belajar lagi...hemm..
xabih lagi nk timba ilmu disini..
masa yang berbaki beberapa bulan ni..
moga2 memberi makna dalam kehidupan akan datang...

huhhh...sekarang ngah sibuk mengesahkan subjek..
nasib baik tadi gatal tgn nk buka umisisweb...
kalo x..mmg lupa terus nk sahkan subjek sem ni..
xpasal2 50hinggit melayang...
cukup la sekali..xkan ku ulangi...=)
kalo fb laju je nk buka..
tapi sekarang cm da x best da fb tu..
kalo buka pagi..pai tgahari pun xbiz2 lg...
haiiiissshh....kena elak..
dgr khabar pun fb da nk tutup..bagus la cm tuh...

Tesis skrg pun sedang mencelarukanku...
ohhhh tidakkkk!!!!!!
moga2 dipermudahkan utk mendapatkan bahan2..
sem ni sgt pendek....
xtau la camana nk siapkan tesis tu..
kepada yang sudi membantu...
terima kasih sangat2...=)

Awal sem sangat memeningkan kepala...
kelas pun kadang2 batal...
skrg tumpu pada proposal tesis je...
xnk tersekat kt mana2...
bahaya kalo xcompletekan..
xpasal xleh grad..
nauzubillah....
permudahkanlah Ya Illahi...

Sepanjang sem baru ni...
banyak pengalaman baru...
sangat bermakna...
diserikan lagi dengan pelbagai rasa...
tersangat indah...=)

sekarang...
kelam kabut nk g library...
hampir setiap hari nk g library...
cari buku...buka tesis...
sem lepas2..sebulan bape kali je jumpa lib...hihi
punya la sakit ati kalo buku y kita nk owg pinjam..
tesis y kita nk plak...org sebelah ngah guna...huhu
sangat teruji...=)
tapi bila kt luar sana...da susah nk dpt pengalaman best cni..

Lagi lucu bila tgk pangai pak cik2 bas kt um ni...
macam2 aksi...
ada yang garang...de y uat x tahu je...
de yang peramah semcam...y senyum je pun ada...
tapi x tahan kalo y garang...
aduhhhh...kita xuat salah pun kna marah...
adeeehhhh... tension!
nak2 kalo aritu kna present...p.cik bas plak uat masalah...
masok kelas muka cm nk umbuk org..hihi
sal kad matrik pun p.cik tu nk bising..
padahal da hari2 tgk kot...
cam mcm...kadang2 lucu..kit ati pun ada..atoiiii3
itulah pak cik2 bas um...
last2...tahun dua dop um sampai skrg..
saya jalan kaki je ulang alik dari kolej ke API..
haha...lg syookkkk jalan kaki...
nak2 kalo ada peneman saya..
sape lg kalo bukan cik nabila...hihi
cuma kami kna turun awal dr org len la...=)
tapi lagi best jalan kaki la..
cuma penat ckit je...senaman! iyaahhh! =)

hemm sayangnya nak tinggalkan alam ni..
tapi inilah percaturan hidup...
pengalaman...
dulu sayang nk tinggal sekolah..
sayang nk tinggal cikgu, ustaz, ustazah...
sekarang....macam2 rasa...
macamana la bile berhadapan dgn masyarakat..
alam pekerjaan...
lagi mencabar....suasana yang berbeza...

Last sem...
kawan2 pun da planing cam mcm..
program2 bersama...=)
tapi asa sedih plak...
bila kuar nanti...
dah bawa haluan masing2..=(
3tahun bersama...
da mcm adik beradik dah...
susah senang...saling membantu...
kenangan yang xdapat dicari ganti...
ukhuwwah itu indah....

kecelaruan hati..jiwa...raga...
pun sama2 memainkan peranannya...
ketenangan...hadirlah....
mengubat kecelaruan itu....
tunjukkan jalan terbaik dalam setiap..
keputusan yang dibuat olehku...

kerisauan juga menyelubungi diri...
rindukan bonda dan ayahanda tercinta...
moga kalian sentiasa dalam lindunganNYA...
sedikit waktu lagi...
andai dikurniakan umur yang panjang olehNYA...
pasti kita akan bertemu..

Harapan semoga perjalanan hidup ini sentiasa diRedhai..
masih banyak perkara yang perlu diselesaikan..
jalan cahaya itu milikMU...
berilah petunjuk dalam setiap gerak langkahku...
Amin Ya Rabbb...

16.1.11

*** Menjadi Bintang ***



~ Menjadi Bintang ~

Dunia adalah angkasa
Yang Maha luas
Angkasa adalah impian
yang begitu sayup
impian adalah bintang
yang tekal mengindahkan


...Bintang Hati...

10.1.11

Kenapa Wanita Menangis....??



Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."

"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?"
"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab.

"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

"Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "Air mata kehidupan."


~ Jika Seorang Wanita Menangis~


jika seorang wanita menangis

dihadapanmu,

Itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi..


Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis..

Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hayatmu..

Jika kamu membiarkannya pergi,

Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi

dirinya yang dulu....selamanya..


Seorang wanita tidak akan menangis dgn mudah,

Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi,

Dia menjadi lemah.


Seorg wanita tidak akan menangis dgn mudahnya,

Hanya jika dia sangat menyayangimu,

Dia akan menurunkan rasa egoisnya.


Jika seorang wanita menangis keranamu,

Tolong jangan mensia-siakannya,

Mungkin kerana keputusanmu,

kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu,

Saat dia menangis keranamu,

Lihatlah matanya....


Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?

Fikirkan....

Wanita mana lagikah yang akan menangis,

dengan murni..penuh kasih sayang,

Didepanmu dan keranamu..


Dia menangis bukan kerana dia lemah,

Dia menangis bukan kerana dia menginginkan simpati atau belas kasihan,

Dia menangis,

Kerana menangis dengan diam-diam,

Tidaklah memungkinkan lagi..


Fikirkanlah tentang hal itu....

Jika seorang wanita menangisi hatinya..

untukmu,


Dan semuanya kerana dirimu..

Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah,

kau lakukan untuknya..

Hanya kau yang tahu jawapannya....


Kerana suatu hari nanti,

Mungkin akan terlambat untuk menyesal,

Mungkin akan terlambat untuk melafazkan kata 'MAAF'.

9.1.11

Kerlipan Cinta



Hidayah...
kerlipan cipta cintaku...
harum rembulan mawar...
dingin dihakis cita keseorangan...

Aku..
masih menghintung diri...
kesiangan yang panjang...
ingin mengisi hati...

Pada-Mu kasih..
satukan aku..
Dendan rahmat-Mu...
Dengan kalimah...
malam siangku...
Berliku-liku..
Duri dugaan...
Siratan Cinta...

Biar di jemala mentari..
dan dibahu gunung berapi..
pasrahku abadi untuk-Mu..
Untuk-Mu..

Ku kembara setia disisinya..
ku ingin bahagia abadi...
ku impikan sentosa naungan-Nya..
selamanya....

(by : Rabbani)

Hidup penuh ujian dan dugaan. namun apa juga rintangan,tawakal dan redha tetap pada Tuhannya. Hebat!

5.1.11

JaNgAn pErNaH mEnGeLuH mEnJaDi WANITA...


1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.

5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah". Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.

10. Dari 'Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka."

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

15. 'Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah SAW. "Ibunya".

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajibbaginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

32. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginyalapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.

38. Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

39. Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanyayang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab mereka,"Tidak". Sabda Baginda "Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami niscaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah" , Allah akan berkahkan rezekinya.

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."

48. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

49. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

50. Sabda Nabi SAW: "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari yakut.

53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

58. Rasulullah SAW bersabda bahwa, "Allah telah memberikan sifat iri (pencemburu) untuk wanita dan jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita melatih kesabarannya dengan iman dengan mengharapkan pahala dari sesuatu perkara yang menyebabkannya menjadi cemburu (iri hati), seperti misalnya suaminya menikahi istri kedua, maka ia akan menerima ganjaran seorang syahid".


Terdapat di dalam kitab Kanzul 'Ummal, Misykah, Riadlush Shalihin, Uqudilijjain, Bhahishti Zewar, Al-Hijab, dan lain-lain, checking satu persatu belum dibuat. Mudah-mudahan dapat diambil ibrah darinya. 

3.1.11

SELAMAT TAHUN BARU 2011


Alhamdulillah...
~masih diberi waktu untuk terus melangkah ke tahun baru~

2011
semoga tahun baru ini memberi banyak makna dalam hidupku..
dengan berbekal azam semoga ianya dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna..

mungkin masih belum terlambat untuk mengucapkan
Selamat Tahun Baru

kepada

sahabat blogger, kawan2,sahabat handai, keluarga dan sanak saudara..
semoga tahun 2011 memberi 1001 makna dalam hidup kita semua..
segala apa yang baik adalah dariNYA...dan yang buruk datang dari kelemahan diri kita sendiri..

Tahun baru...jiwa baru..dunia baru....
melangkah ke 24 tahun...



Ya Allah...
hanya mampu bermonolog dihati......


2010
hanya tinggal kenangan..
termaktub dalam lipatan sejarah...
mungkin dalam kehidupan kita sendiri mempunyai sejarah
pahit manis yang dilalui sepanjang 2010 yang akan kekal
sepanjang hidup kita..semuanya mengajar erti hidup dan kisah bersama..
yang pahit..manis..perit..duka...gelisah....hanya tinggal didiari...
tabahkan hati menjalani hidup..dengan pelbagai mehnah dunia..
setiap apa yang diberi Illahi..pasti ada hikmah disebaliknya...

apa yang pasti..
masih ada yang tidak dapat disempurnakan lagi
mungkin kerana kecuaian dan kelalaian diri dalam melakasanakannya
moga2 ditahun baru ini..segala apa yang tidak disempurnakan pada tahun lepas
akan disempurnakan dengan baik dan teratur...

ucapan khas buat diriku :

"setelah sekian lama mencari dimana harga diri, dimana kesilapan diri, aku bangun semula bersama tekad dihati, meski disingkir, meski diuji, namun jiwaku tidak pernah mati...bahagia mesti dicari, peristiwa pahit mesti dilupai, kerana naluri wanitaku percaya, esok masih ada cahaya..masih ada sinar bahagia..."