bintangku...


aku

aku

30.1.10

jAnGaN mEnCaRi tErLaLu SeMpUrNa..



Jika kau memancing ikan.
Setelah ikan itu terlekat dimata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia kembali ke dalam air begitu saja..
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
Ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan
MENDERITA selagi ia masih hidup

Begitulah juga..
Setelah kamu memberi banyak
PENGHARAPAN kepada seseorang
Setelah ia mula MENYAYANGImu
Hendaklah kamu menjaga hatinya..
Janganlah sesekali kamu MENINGGALKANnya begitu saja..
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu..
Dan mungkin tidak dapat melupakan
Segalanya selagi dia mengigatimu

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
Jangan terlalu mengharap pada takungannya
Dan janganlah menganggap ia begitu teguh..
Cukuplah sekadar keperluanmu..
Apabila sekali ia RETAK..tentu sukar untuk
Kemu menampalnya semula..
Akhirnya ia dibuang..

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya
Mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi..
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang
TERIMAlah seadanya..
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
Janganlah kamu menganggapnya terlalu istimewa..
Anggaplah dia manusia biasa..apabila sekali
Dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi
Kamu untuk menerimanya…
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya..

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi
Hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya..

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi…
Yang kamu pasti baik untuk dirimu..
Mengenyangkan..berkhasiat..
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari
Makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan..
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya..
Kamu akan menyesal..

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..
Yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU…MENGASIHIKU…
Mengapa kamu berlengah,
Cuba MEMBANDINGKAN dengan yang lain..
Terlalu mengejar kesempurnaan…
Kelak, kamu akan KEHILANGANYA apabila dia menjadi milik orang lain…
Kamu juga yang akan pasti MENYESAL…

28.1.10

WaNiTa & RaMa-rAmA..


Lihatlah rama-rama, ia cantik..apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria..hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga..seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap disitu, tentu ada sesuatu yang tidak kena..

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda warna dan corak rama-rama itu akan berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahupun diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar..

Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya, harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya ..dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada didalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama.terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenamg kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambing pengorbanan ibubapa.

Usah jadi rama-rama yang didalam bingkai gambar indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang kesana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalnya harga diri anda. Semakin sukar anda dimilikki semakin mahal anda disisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.

Usah tertangkap kedalam tangan yang hanya akan meleraikan warna warna anda. Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita anggun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.

Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam.

Jadilah wanita yang membanggakan semua orang..


26.1.10


umi...

tirai malam..
ku renung bintang berkedipan..
ku jeling purnama kencana..
gah dipersada kesunyian..

pabila subuh..
puspa sari dari kayangan ..
menjelma ke dasar pencarian..
terpaku sang gahara disentap si rupawan..

sebentar tadi,
laungan azan ..
memecah tabir kepiluan..
titisan air mata ..
membanjiri kesunyian pagi..

walau hati kian tercarek..
oleh perasaan rindu padamu..
namun kuteruskan jua..
hanya kernamu umi..

umi..
ketika ini..
keinsafan menyelubungi diri..

pesanan umi..
akan terus segar dilubuk hati..

umi..

ku kan teruskan cita ini..

agar kau tersenyum lagi..

katamu;
^segunung impian dicita
selangit harapan didamba
kaulah racun ..kaulah madu ..kaulah permata bonda..^

uNtUk BaKaL iMaMkU....


Untuk bakal ‘imam’ku yang tiada siapa mengenali termasuklah diri ini,

dirimu masih rahsia penciptamu..rahsia yang telah ditentukan untukku, yang perlu ku singkap dengan segunung taubat dan sepenuh kesungguhan sujudku, Cuma jambatan istikharah jua yang bias merungkai rahsiaku ini.

Ketahuilah wahai mujahidku, ketahuilah bahawa namamu tidak menjadi idamanku,apalagi untuk menatap wajahmu,menggeletar diri ini apabila terfikirkan azab Allah, justeru diri ini amat bersyukur kerana masih tidak ditakdirkan sebarang pertemuan sedar antara kita, ku bimbang andai terjadi pertemuan itu sebelum lafaz akad darimu, sungguh kita menempah siksaan Allah.

Ya Tuhan…lindungi kami…

Biar bertahun lama yang ku tunggu bukan dirimu tetapi yang ku tunggu adalah lafaz akad yang akan membimbing diri ini ke jannah Allah. Apalah ertinya perasaan kasih yang bersemi untukmu suamiku andai maharnya bukan kemampuanmu untuk mendidikku menjadi mujahidah yang mencintai DIA lebih dari segalanya..

Tiada yang lebih bahagia suamiku, melainkan didikanmu yang akan membuatkan diri ini mencintai perjuangan menegakkan deen ini, berikanku sepenuh kekuatan dalam mendidik imanku agar syahidmu ku damba, berikan segala kasihmu jua agar sujudku ka tegar padaNya dalam memohon dikurniakan pada kita mujahid-mujahid yang akan menyambung perjuangan Islam para Nabi terdahulu..

Berikanku sepenuhnya sebahagian hati yang kau sediakan untuk diriku agar sebahagian hatimu itu akan menjadi inspirasi padaku untuk menghantar satu persatu mujahid kita ke medan jihad, mungkin kau hairan suamiku, mengapa diri ini hanya mahukan sebahagian hatimu dan bukan sepenuhnya.. suamiku ..hatimu itu milik robbul jaleel, dank u pohon sebahagian itu sebagai semangatku wahai suamiku… dari awal lagi sudah ku didik hati ini, bahawa dirimu suamiku bukan milikku dan juga mujahid-mujahidku itu bukan milikku..kalian milik Allah, dan diriku hanya medan yang diciptakanNya untuk menyambung generasi jihad dari rahim ini..

Wahai suamiku, diri ini sekarang, hanyalah dalam mujahadah mentarbiyyah jiwa agar diriku bias menjadi sayapmu mengenggam syahid. Tersangatlah bimbang diri ini andai ku gagal mendidik hati, kerana yang ku impi seorang pejuang untuk menyambung jihad yang terbentang dengan melahirkan para mujahid..

Wahai suamiku, walau dimana jua dirimu dan siapa jua dirimu yang pasti bersama kita mendidik hati mencintai SYAHID demi redhanya, sebagai hamba yang menikmati kurniaan yang tidak terkira dari rafiul a’la, bersamalah kita bersyukur, bersyukur dengan mencintai DIA lebih dari segala isi dunia dan dunia ini.. kerana hilang erti sebuah kehidupan andai cinta dari Allah tidak kita balas, andai cinta sementara bias melukakan hati sepatutnya hati-hati kita robek sudah kerana gagal membalas segunung cinta dari DIA Maha Esa…

Semoga semuanya terjawab dalam sujud yang kita labuhkan demi redhaNYA..biarlah seribu malam berlalu tapi pastikan ianya berlalu dengan alunan sendu dalam sujud kita diatas lembaran tahajjud dan istikharah…InsyaAllah inilah pencarian kita…

25.1.10

BuAtMu sAhABAT..




BUAT MU SAHABAT

Sahabat,

Hadirmu umpama malam disinari bulan,

Umpama siang disinari cahaya mentari,

Terkadang cahayamu suram,

Umpama awan mendung menutupi langit,

Tapi itulah nilai sebuah persahabatan...


Sahabat,

Kita sering diuji dan diduga,

Adakah kita bisa mengatasi segala ranjau?

Tapi semua itu pasti,

Kerana itulah warna-warni sebuah ikatan..


Sahabat,

Walau pun sakit untukku,

Berkata benarlah,

Andai aku tersilap langkah,

Jangan kau khianati erti persahabatan ini,

hanya kerana dendam dan penyakit hati....


Sahabat,

Rindu itu pasti,

Kita bertemu,

Dan kita pasti akan terpisah...

Biarlah segalanya berakhir dengan keindahan

dibawah keredhaan Ilahi,

Biarlah kita berjumpa kerana Allah,

dan berpisah kerana Allah.


Terima kasih sahabat,

Kerana sudi menjadi sahabat sejati...





22.1.10

b'Fast JDPI...^_^


i love tulip....



comei x??? gambar sblah ni... hehe..sejuk mata memandang kan..ni la tempat y sy cte y ptama kali dapat pgang tulip ksygan..^_^..bkn sejuk mata memandang je...sejuk kaki tangan...hehe besa tulip ni manja skit..hihi...kalo panjang umur bleh dtg ag sini...tp xtau la bunga ape plak yang dia tanam..kalau la bunga ni btol2 kt dpn umah sy...hemm sah sy da xkuar g mana da..xpanjang kaki da..dop ngn tulip je... time ni kami jabatan dakwah ada uat satu program.. 2 in 1 la..bukan jalan2 saje..
motivasi kpd bakal2 pendakwah dari um..

menjadi tanggungjawab kami bila kuar dari um nanti... dalam pada tu juga..skrg pun kami da dberi tanggungjawab. Menimba ilmu untuk menyampaikan dakwah pada mad'u. Hakikat sekarang tidak seperti dulu..dunia sekarang amat2 sukar untuk kita tafsirkan..kadang2 sesuatu yang kita xpernah terfikir dek akal..tapi berlaku dengan bersahaja... peri pentingnya dakwah pada masa kini, pendakwah harus mempersiapkan diri untuk berdepan dengan mad'u yang pelbagai... perlu di perhatikan dari pelbagai sudut, sudut akidah, sudut ibadah, sudut akhlak, ketiga3 ini ialah asas penting kepada kemantapan sesebuah masyarakat islam. apabila aspek ni xdiendahkan, maka masyarakat akan goyah dan dibebani dengan pelbagai kebinggungan yang berpunca daripada kesilapan masyarakat sendiri.

maka, para pendakwah tentunya perlu memahami senario yang berlaku dlm sesebuah masyarakat. atau dgn kata len waqi' perlu ditonton oleh pendakwah. hemm..panjang lebar plak bercerita..tapi itulah hakikat yang perlu kami laksanakan. tapi pada yang diluar sana, jgn hanya menyerahkan semuanya pada pendakwah, tapi ingatlah kita semua bertanggungjawab dalam menyampaikan dakwah..

Bengkel ni kami uat, untuk memantapkan lagi kami dalam pengucapan..=)
tahniah sahabat2..semuanya best..^_^

jom kita layan gambar kami selama menyertai bengkel ni..

sebelum bermula sesi ceramah atau LDK..
kami sarapan sama2..hemm akak2 kami y sediakan ni..bertungkus lumus masak..untuk adik2 makan..akak2 ni memang terer..jap je dorg masak..


salah seorang sahabat memberi pendapat..



LDK..stiap kump ditugaskan uat KKD utk mengadakan program dakwah...

dik zue n una..



senaman..bersama kakak2..


dorg pun xnk ketinggalan...

banyak pengalaman yang dapat time program ni...
macam2 dapat dikongsi bersama sahabat2...
tersemat rapi dilubuk hatiku...^_^...


malam terakhir kami disana


keesokkannya..sebelum berangkat pulang..kami berjalan2 disekitar tempat kami berkumpul...dan xketinggalan kami ke four season..tempat memang yang mmg rugi kalo xg..hihi..

selesai majlis penutup..kami pun stat la berjalan..hehe,....pusing2..

koram mmg best..hihi...





semoga persahabatan yang terbina diusia ini berkekalan hingga ke hujung nyawa....