Assalamualaikum sahabat-sahabat....
Diharap semua berada dalam sihat sejahtera dan sentiasa diredhai Allah…
Tetiba hari ni...mood entri berlainan dari biasa...=) Sal kehidupan akan datang.. tadi terbaca artikel..rasa nak berkongsi dengan sahabat-sahabat semua..sebagai peringatan bersama...^_~
“Perkara Yang Mudah Telah Dirumitkan”.
Itulah yang akan berlaku dalam sesebuah perancangan untuk berkahwin. Dan yang menjadi masalah ialah nilai duit hantaran yang diminta oleh setengah ibu bapa. Tinggi melampaui had dan diluar kemampuan pihak lelaki. Rasanya jika nilai duit hantaran ini tidak terlalu tinggi, ia memang memudahkan perkahwinan orang-orang bujang. Jadi yang menyukarkan adalah ibu bapa anak perempuan.
Berikut beberapa ayat-ayat Al-Quran dan Hadith menunjukkan mudahnya untuk berkahwin, dan hadith menunjukkan perkahwinan itu perlu dipermudahkan.
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Apabila datang kepadamu seorang lelaki, datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya. Maka nikahilah dia. Bila tidak engkau lakukan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi” (Hadith Riwayat Termidzi dan Ahmad)
Firman Allah SWT:
“..Dan kahwinkanlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan hamba perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memampukan (menjadikan kaya) mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui..” (An-Nur:32)
Hadith Rasulullah lagi,
Dari Ali r.a., sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda kepadanya; “…3 perkara jangan engkau tangguhkan, solat apabila tiba waktunya, mayat apabila telah sampai, bujang apabila ditemukan sekufunya..” (HR Tirmizi).
Hadis Sahl bin Saad r.a:
“Pada satu ketika seorang perempuan datang berjumpa Rasulullah s.a.w seraya berkata: Wahai Rasulullah! Aku telah datang untuk menyerahkan diriku kepadamu.
Lalu Rasulullah s.a.w memandang kepadanya sambil mendongak kepadanya dan memerhatikan dengan teliti kemudian baginda mengangguk-anggukkan kepalanya.
Apabila perempuan itu mendapati Rasulullah s.a.w diam tanpa memberi keputusan, perempuan itu segera duduk, lalu bangunlah seorang sahabat dan berkata:
Wahai Rasulullah! Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya, kahwinkanlah aku dengannya.
Rasulullah s.a.w segera bertanya: Adakah engkau memiliki sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin.
Sahabat menjawab: Tidak ada!
Baginda bersabda: Pulanglah menemui keluargamu mencari sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin.
Lantas sahabat tersebut pulang, kemudian beliau kembali menemui Rasulullah s.a.w dan berkata: “Demi Allah! Aku tidak menjumpai apa-apa pun yang boleh dijadikan mas-kahwin”.
Maka Rasulullah s.a.w berkata lagi: Carilah walaupun sebentuk cincin besi.
Lalu sahabat tersebut pulang dan datang kembali serta berkata:
Wahai Rasulullah! Demi Allah aku tidak menjumpai apa-apa walaupun sebentuk cincin besi, tetapi aku hanya memiliki kainku ini iaitu kain yang hanya boleh menutupi bahagian bawah badannya (Sahl berkata: Sahabat ini tidak mempunyai pakaian yang menutup bahagian atas badan) maka aku berikannya kepada perempuan tersebut.
Rasulullah s.a.w berkata: Apa yang engkau boleh buat dengan kain engkau itu, sekiranya engkau memakai kain itu. Perempuan tersebut tidak dapat memakainya walaupun sedikit. Apabila dia memakai kain tersebut engkau tidak mempunyai apa-apa untuk dipakai.
Sahabat itu duduk sehinggalah sekian lama kemudian bangun. Rasulullah s.a.w memandang kepadanya seterusnya dia beredar dari situ.
Setelah itu Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya dia dipanggil. Apabila sahabat tersebut sampai, Rasulullah s.a.w bertanya: Apakah yang engkau miliki daripada Al-Quran?
Sahabat tersebut menjawab: Aku hafaz surah itu dan surah ini. Sahabat berkenaan menghitungnya.
Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Adakah engkau membacanya secara hafalan? Sahabat tersebut menjawab: Ya! Rasulullah berkata: Pergilah! Engkau telah memilikinya bermas-kahwinkan ayat atau surah Al-Quran yang engkau hafaz ”
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim : 2554
Wallahualam…^_^