bintangku...


aku

aku

27.12.11

.::Assalamualaikum::.

Bertemu tanpa wajah, berbicara tanpa suara..
Istimewa buat sahabatku yang diingati..
semoga berada dibawah payung Rahmat Illahi sentiasa..
Terima kasih kerana sudi meluangkan waktumu untuk menatap nukilan bisu ini..

Teman,
hari ini kurasakan terlalu sepi...
lantas kutarikan jariku diatas pentas ini mengikut rentak hatiku..
izinkanku meluahkan apa yang tersirat dalam sanubari ini..
sesungguhnya aku amat memerlukanmu teman..
masih segar diingatanku..saat pertemuan pertama kita..
kau hadir menghulurkan salam dikala aku keseorangan..
lantas kusambut huluranmu & kau pimpinku penuh hati-hati..
menaiki bahtera persahabatan ini...maka bermulalah pelayaran ukhuwah kita..

Teman..
terima kasih yang tak terucap buatmu kerana sudi menemani diri ini..
tragedi yang menimpaku dulu terlalu pahit buatku..
namun kehadiranmu disisi membuatkan aku sedar bahawa aku tidak keseorangan..
membuatkan aku sedar bahawa aku tidak keseorangan disini..
kau ucapkan aku kata-kata perangsang..
kau bisikkan aku kata-kata azimat..
kau hamparkan aku permaidani harapan..
Terima kasih teman..kerana kau, ku bangkit dari lenaku...

Teman..
aku senang berada disisimu..
kau seorang yang sangat memahami..
aku senang berkongsi rahsia suka dukaku denganmu..
kau seorang teman yang berfikiran terbuka..
pandangan dan nasihatmu kujadikan panduan..

Teman..
masihkah kau ingat kisah ini? waktu itu...bahtera persahabatan kita hilang arahnya..
hampir karam..ombak besar melanda, ribut taufan menggila...
perselisihan faham berlaku antara kita dan aku benar-benar takut...
takut kehilanganmu saat itu..detik-detik yang berlalu mencemaskan hatiku..
aku bimbang jika episod lalu bakal mengunjungi sekali lagi..
aku pernah tewas dalan pelayaranku dulu..
dan aku tidak mahu pelayaranku kali ini turut karam..
lantas aku memohon petunjuk dariNya..
aku sedar, kau juga menyayangi bahteraersahabatan kita..
dengan izinNya akhirnya bahtera kita dapat dilayarkan kembali..
terima kasih teman kerana kau sudi membuang keegoanmu demi bahtera ini..

Teman..
langit tidak selalunya cerah..
namun ku doakan agar ikatan ini terus berkekalan hingga ke syurga..
Terima kasih teman...




::Bintang::