bintangku...


aku

aku

30.12.09

BuRuLaH bAhAgIa...



Kutekuni kitab “La Tahzan”
Karya Dr. ‘Aidh bin Abdullah al-Qarni
Katanya: Janganlah bersedih!
Setelah kesulitan pasti ada kemudahan.

Benar..
Fitrah insani inginkan bahagia
Ingin dikasihi dan mengasihi
Ingin disayangi dan menyayangi
Ingin dicintai dan menyintai
Hingga kadangnya terlupa..
Betapa menyintai dan ingin dicintai manusia
Bukanlah kemuncak cinta
Malah bukanlah hakikat bahagia!

Yang sebenarnya..
Bahagia itu ma’nawi
Jua bersifat rohaniah
Lantaran kebahagiaan haqiqi seorang mu’min
Adalah dengan mencintai Tuhannya.

Kerana..
Cinta kepada Allah..
Adalah cinta yang tiada tandingan dan bandingannya
Cinta yang paling memuaskan dan menenangkan
Buahnya amat menghiburkan dan paling membahagiakan
Ya’ni bahagia yang mendasar..
Yang dasarnya lebih dalam dari segala yang dalam.

Justeru wahai insani..
Burulah bahagia, hayatilah zikrullah
Jadikanlah ia cita-cita murni nurani
Agar hatimu tenang dan tiada keluh-kesah.

Percayalah..
Andai kau temui bahagia
Pasti ‘syurga’ sebelum Syurga menjadi milikmu.

Bahagia..
Moga menjadi milikku dunia Akhirat!