bintangku...


aku

aku

1.3.11

H A T I


Duhai matamu..berhentilah mengalirkan air mata ini...pergilah seketika dari hidupku..kerana senyuman ingin bertamu....apakah senyuman membawa rajuk hati utk tidak kembali?? hadirlah dibibirku...mengubati resah hati yang tiada siapa mengerti dan ambil peduli... aku lemah untuk menghadapi sendiri... Moga kekuatan terus bersamaku seperti 'dulu' ....

Mungkin ada di luar sana menghadapi saat perit ini sepertiku... ku tahu keperitanmu sahabat.. ubatilah hati...cubalah untuk mengikis kecelaruan hatimu itu...kecelaruan ini sangat menyiksa diri..cubalah selagi mampu... Ya....ku mengerti katamu..ini hanya ujian sementara... ungkapan sabar yang di ungkap bukan semudah yang di lafaz... bagi hati yang menanggung... hanya yang merasa akan mengetahuinya...

Hari ini.... setelah hampir separuh hari membawa diri... mengubat hati...melepaskan tangisan... sendiri menyusuri hari... hingga saat ini..saat jemari menaip... air mataku terus membasahi pipi.. "aahhhh....pompuan nangis je..." kutuk dan katalah duhai lelaki...sesungguhnya kau tidak akan mengerti naluri seorang wanita...

Buat sahabat.....Istimewa buat kalian...untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah... moga kita dapat sama-sama amalkan...

  • Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
  • Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
  • Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.
  • Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
  • Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.
Moga kalian bahagia dan gembira selalu......