bintangku...


aku

aku

1.1.10

8 Cara KURUS yang sihat & berkesan..!!


ALHAMDULILLAH..kenyangnya..=)
berselera tadi makan kt dewan makan tu..
ayam masak pedas..
nek bilik terbaca satu artikel..so leh kongsi bersama pembaca..
moga ada manfaat darinya..

8 Cara kurus yang sihat & berkesan..

1) Minum separuh daripada berat badan setiap hari..termasuk segelas air sebelum setiap kali mengambil makanan.

2) jauhi sikap emosional semasa makan.
setiap kali anda mahu makan sesuatu makanan,tanya pada diri anda adakah ia didorong oleh tekanan,murung,terluka,bosan atau saja utk suka2. Setiap pengambilan makanan hendaklah berlandaskan kemahuan mengisi perut,bukan melayan perasaan anda.=)

3) Selalu bersarapan
ia memberi tenaga yang cukup kepada tubuh dan otak anda. selain itu, ia memastikan anda sentiasa kenyang & tidak memakan mengikut nafsu sewaktu menikmati hidangan makan tengah hari.

4) Tetapkan jadual makan
rancang dalam 3hidangan, 2 buah-buahan atau snek sayuran bagi setiap hidangan dalam menu harian. selalu beringat tentang jadual makan anda dan terhenti seketika daripada melakukan sebarang kerja untuk menikmati hidangan. tidak cukup masa atau banyak bebanan kerja bukanlah alasan untuk anda tidak makan.

5) Kira umur anda sebelum makan
adakala anda akan makan sesuatu yang tidak menyihatkan untuk tubuh. sebelum menikmatinya,hitung umur anda,jika anda masih ingin memakannya selepas mengira hayat anda,ia bermakna anda telah bersedia untuk rasa hayat anda makin kurang. sebenarnya andalah pembuat keputusan untuk makan menurut nafsu atau tidak.

6) Jauhi sikap mudah putus asa
setiap orang pernah rasa kecewa bila gagal menjadikan badan tubuh anda seperti yang diimpikan. perkara paling penting adalah bangkit semula. bila anda menikmati semangkuk ais krim pada lewat malam,jangan fikir, "saya rasa sangat teruk malam ini dengan menikmati hidangan ini,saya akan berhenti memakannya." sebaliknya, layanlah keinginan itu sekali sekala dengan makan mengikut nafsu tetapi pandai-pandailah mencari penyelesaian terhadap keputusan itu.

7) Jauhi tempat pembaringan
rutin senaman hari sangat bagus tetapi jika mengamalkan aktiviti turun naik tangga berulang kali lebih baik daripada anda melakukan urutan ringkas.

8) Jauhi snek yang diproses
sentiasa cuba untuk memakan sepotong buah-buahan daripada snek yang diproses terutama waktu malam. jika buah tersebut tidak dipotong, cuba makan bersama sedikit serbuk asam.jika perlukan tambah rasa manis dalam buah tersebut, panaskan coklat hitam didalam ketuhar dan cicah bersama buah itu.

selamat mencuba..=)