Untuk bakal ‘imam’ku yang tiada siapa mengenali termasuklah diri ini,
dirimu masih rahsia penciptamu..rahsia yang telah ditentukan untukku, yang perlu ku singkap dengan segunung taubat dan sepenuh kesungguhan sujudku, Cuma jambatan istikharah jua yang bias merungkai rahsiaku ini.
Ketahuilah wahai mujahidku, ketahuilah bahawa namamu tidak menjadi idamanku,apalagi untuk menatap wajahmu,menggeletar diri ini apabila terfikirkan azab Allah, justeru diri ini amat bersyukur kerana masih tidak ditakdirkan sebarang pertemuan sedar antara kita, ku bimbang andai terjadi pertemuan itu sebelum lafaz akad darimu, sungguh kita menempah siksaan Allah.
Ya Tuhan…lindungi kami…
Biar bertahun lama yang ku tunggu bukan dirimu tetapi yang ku tunggu adalah lafaz akad yang akan membimbing diri ini ke jannah Allah. Apalah ertinya perasaan kasih yang bersemi untukmu suamiku andai maharnya bukan kemampuanmu untuk mendidikku menjadi mujahidah yang mencintai DIA lebih dari segalanya..
Tiada yang lebih bahagia suamiku, melainkan didikanmu yang akan membuatkan diri ini mencintai perjuangan menegakkan deen ini, berikanku sepenuh kekuatan dalam mendidik imanku agar syahidmu ku damba, berikan segala kasihmu jua agar sujudku ka tegar padaNya dalam memohon dikurniakan pada kita mujahid-mujahid yang akan menyambung perjuangan Islam para Nabi terdahulu..
Berikanku sepenuhnya sebahagian hati yang kau sediakan untuk diriku agar sebahagian hatimu itu akan menjadi inspirasi padaku untuk menghantar satu persatu mujahid kita ke medan jihad, mungkin kau hairan suamiku, mengapa diri ini hanya mahukan sebahagian hatimu dan bukan sepenuhnya.. suamiku ..hatimu itu milik robbul jaleel, dank u pohon sebahagian itu sebagai semangatku wahai suamiku… dari awal lagi sudah ku didik hati ini, bahawa dirimu suamiku bukan milikku dan juga mujahid-mujahidku itu bukan milikku..kalian milik Allah, dan diriku hanya medan yang diciptakanNya untuk menyambung generasi jihad dari rahim ini..
Wahai suamiku, diri ini sekarang, hanyalah dalam mujahadah mentarbiyyah jiwa agar diriku bias menjadi sayapmu mengenggam syahid. Tersangatlah bimbang diri ini andai ku gagal mendidik hati, kerana yang ku impi seorang pejuang untuk menyambung jihad yang terbentang dengan melahirkan para mujahid..
Wahai suamiku, walau dimana jua dirimu dan siapa jua dirimu yang pasti bersama kita mendidik hati mencintai SYAHID demi redhanya, sebagai hamba yang menikmati kurniaan yang tidak terkira dari rafiul a’la, bersamalah kita bersyukur, bersyukur dengan mencintai DIA lebih dari segala isi dunia dan dunia ini.. kerana hilang erti sebuah kehidupan andai cinta dari Allah tidak kita balas, andai cinta sementara bias melukakan hati sepatutnya hati-hati kita robek sudah kerana gagal membalas segunung cinta dari DIA Maha Esa…
Semoga semuanya terjawab dalam sujud yang kita labuhkan demi redhaNYA..biarlah seribu malam berlalu tapi pastikan ianya berlalu dengan alunan sendu dalam sujud kita diatas lembaran tahajjud dan istikharah…InsyaAllah inilah pencarian kita…