bintangku...


aku

aku

1.1.10

BeRuBaT dEnGAn SolAt...

SOLAT MENGHILANGKAN RASA SAKIT

Diceritakan Ali bin Abi Talib pernah mengalami rasa sakit luar biasa. namun, dengan mendirikan solat, sakit itu tidak terasa. kisahnya, suatu ketika dalam peperangan beliau terkena anak panah yang tembus di belakangnya.

mengetahui perkara itu, ada sahabat yang cuba mencabutnya. namun, rasa sakit yang tidak terhingga membuat beliau menjerit.Atas cadangan sahabat lain,beliau mendirikan solat. Semasa sedang bersolat, anak panah dicabut secara perlahan-lahan hingga keluar daripada tubuhnya. Hinggalah berakhirnya solat dan salam diucapkan, beliau bertanya kepada para sahabat, "Apakah anak panahitu sudah keluar daripada tubuhku?"

Kisah ini menceritakan ketika solat, Ali tidak berasa sakit ketika anak panah dicabut daripada tubuhnya. Sedangkan dalam keadaan tidak solat, beliau menjerit kerana sakit. Ternyata daya tumpuan sepenuhnya dalam solat dapat mengalihkan rasa sakit hingga beliau tidak berasa sakit ketika anak panah dicabut daripada tubuhnya.