hidup didunia tanpa sempadan
sesekali berkeras lebih baik
daripada lembut hidung dicucuk..
sesekali menentang lebih baik
daripada tunduk sampai terhantuk..
sesekali celupar lebih baik
daripada bersopan dihina dikutuk..
sesekali kurang ajar lebih baik..
daripada patuh mengikut telunjuk..
sesekali mencela lebih baik
daripada memuji,belakang mengutuk..
sesekali menjatuhkan lebih baik
daripada diselamatkan sesudah buruk..
sesekali berpisah lebih baik
daripada bersatu meninggalkan parut..
demikian realiti kehidupan duniawi..
menentang mahupun berlembut..memuji mahupun mengutuk..
baik mahupun buruk..
tiada siapa mutlak bebas..
melainkan hidup bersempadan syariat..
tiada siapa terkecuali daripada wajib,haram,makruh,harus,sunat..
memantau setiap laluan hayat..
samaada siapa bila atau dimana..
sesekali perlu mencabar lumrah..
tetapi sekali kali tidak mencabar fitrah..
apalagi mencabar syariat Allah..